24 September 2009

Sebuah kisah di bulan Syawal.

Satu hari si bapa yang "kaki rokok" meminta wang daripada anaknya yang menerima banyak wang raya kerana dia dah kehabisan duit untuk membeli rokok.

Si bapa memang bermasalah kerana tiada kerja tetap dan sikap memilih kerja menambah lagi masalah kewangan keluarga ini. Sepanjang kehidupan keluarga mereka yang bertahun-tahun lamanya, si isterilah yang banyak berkorban menangggung kehidupan keluarga sedangkan si suami endah tak endah dalam soal tanggungjawab memberi nafkah.

Apabila si anak berkeras tidak mahu memberi permintaan si bapa, si bapa mula naik angin dan memarahi serta mengungkit segala jasa dan pemberiannya kepada si anak ini.

Si anak yang bercucuran air mata berlari mendapatkan si ibu dan memeluknya sambil berkata " Aiman Tak Kisah (bukan nama sebenar) bukan tak nak bagi ayah duit. Tapi aiman tak nak ayah mati. Aiman sayangkan ayah.."

Azman MH

8 comments:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    YB P.KOTA RAJA
    Petikan Cerpen YB
    "Apabila si anak berkeras tidak mahu memberi permintaan si bapa, si bapa mula naik angin dan memarahi serta mengungkit segala jasa dan pemberiannya kepada si anak ini."
    Memberi duit kepada ayah ( walaupun perkara mahkruh )adalah amalan baik dan di galakkan dalam Islam . Mendidik biar dari rebungnya . Si Anak kecil memberi wang kepada si ayah adalah patut.
    Serupalah dengan YB kenapa atau tujuan YB bekerja ? Dah tentu untuk membantu si suami YB . Betul tak .So YB janganlah nak mendidik anak anak dengan cerita bodoh YB ni.Dan janganlah YB mengajar anak anak supaya membenci atau menyekat anak anak dari menbantu memberi duit kepada ayah kandung si anak anak tersebut walaupun perkara mahkruh . Jangan nanti si anak anak akan membesar dengan bertanya kepada si ayah "AYAH NAK DUIT NAK BELI APA " . Beginikah seorang YB mengeluarkan cerpen memburuk burukkan seorang ayah di depan mata si anak . Jangan nanti dengan kebodohan cerita YB ni anak akan mengabaikan memberi duit kepada si ayah .So YB tolong hentikan niat buruk YB ni . Jangan mendidik anak anak menjadi kurang ajar kepada si ayah . CERPEN HJ Jamaludin

    ReplyDelete
  2. Salam Eidul Fitri, Tn. Hj Jamaludin

    Perokok tegar akan kata merokok makruh.

    Fatwa Yusof Qardawi dan Mufti Selangor " Merokok HUKUM NYA HARAM"

    Memperincikan hukum

    Berikut ini adalah perinciannya:

    Haram

    Para ulamak mengatakannya sebagai haram secara mutlak.Mereka mengharamkannya atas sebab-sebab berikut:

    1. Asap dan bau rokok adalah keji. Firman Allah Taala:(Al-A’raf:157)

    2. Rokok mengakibatkan kematian sebahagian penghisapnya. Firman Allah Taala:(Al-Nisaa’:29)

    3. Membelanjakan wang untuk rokok merupakan suatu pembaziran. Kerana rokok tidak membawa sebarang faedah. Firman Allah Taala(Al-Isra’:26)

    4. Rokok mengandungi kemudaratan yang diakui oleh para doktor. Sabda Rasulullah s.a.w.:
    "Tidak boleh memberi mudarat dan tidak memudaratkan." (HR Malik, Daruquthni & Jamaah)

    5. Asap dan bau rokok adalah kotor/tidak bersih. Sabda Rasulullah s.a.w.:‘Allah itu bersih dan Dia cintakan kebersihan" (HR al-Bazzar)

    6. Merokok dapat menyakiti orang yang bersebelahan atau berhampiran
    dengannya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
    "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan dan akhirat, janganlah menyakiti
    jirannya." (HR Bukhari & Muslim)

    Kalau hukum diatas tidak mahu diikut tuan hj ikut hukum yang mana pula?

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  3. Fatwa semasa mengenai hukum merokok menjurus kepada haram
    Muhammad Syafiq
    Fri | Apr 11, 08 | 11:38:14 am MYT

    Saya perhatikan di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak.

    Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

    1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

    2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

    3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

    4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

    5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

    6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

    7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

    8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

    9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

    10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

    Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih. - lanh _

    ReplyDelete
  4. Pak Aji ni jadi sensitive sbb dia ni jenis perokok tegar (tu sbb dia pakai hukum makruh)dan harapkan anak tolong bagi duit buat beli rokok, tu yg dia marah sangat tu.

    Pak kena pegi dengar kuliah lah, Tak WAJIB beri pada bapa untuk tujuan yg haram lagi pun sianak takuk sibapa mati sebelum ia bertaubat.

    Taubatlah pak aji oii.

    Ada satu cerita dikelantan ada seorang petani yg tanam pelbagai jenis tanaman dikebun nya. Satu hari kebun tersebut didatangi oleh sekumpulan binatang H1N1 (babi).

    Diceritakan oleh petani tersebut habis semua tanamannya dimakan oleh babi tersebut .... cuma tinggal daun tembakau tidak dimakannya.

    MORAL CERITA NYA : BABI PUN TAK NAK DAUN TEMBAKAU ..... takkan lah kita pulak nak hisap daun tersebut .... kut-kut kita lebih teruk dari binatang H1N1 tu.

    Limau KR

    ReplyDelete
  5. Cerita ni memang bagus utk tauladan tapi kena tambah bunga-bunga ayat agar lebih menyentuh hati sbb saya tau ramai lagi ahli PAS yang tak boleh tnggalkan merokok ni walaupun dah difatwakan merokok tu haram....kalau nak mati tu tak merokok pun mati jugak.... tapi rasanya kita patut tanamkan dalam jiwa ahli ketaatan atas arahan hukum...belajarlah untuk taat walaupun sukar..

    Rosnah
    Ketua DMPKR

    ReplyDelete
  6. Dalam pemerhatian saya, tidak seperti dahulu, sekarang penghisap rokok Muslim tidak lagi menghisap rokok dalam masjid, mungkin ada di kaki lima bahkan ada yang terlalu segan untuk menghisap rokok dalam kawasan masjid.

    Sudah banyak perbezaan kan antara dahulu dengan sekarang?.

    Kalau Ketua DMPKR pun dah kata ramai ahli PAS pun tak boleh tinggalkan rokok, apa nak dikata lagi?.

    ReplyDelete
  7. bagi la cerita2 teladan lagi..kalau dapat ada kena mengena dengan fenomena yg berlaku dalam masyarakat sekarang terutama di kota raja lagi bagus.bahan2 ni orang panggil sastera. sastera ni kalu kena gayanya umpama pedang yang tajam menggoncang dunia.Sebab tu kerajaan Bangsat Negara sibuk kacau, tangkap, ISA ramai penulis zaman awal2 merdeka hinggalah sekarang. Sama-samalah kita sumbangkan

    Mohd Ryne Abdullah
    Kota Raja

    ReplyDelete
  8. Artikel tsbt sebagai peringatan ttg bahaya merokok. Jgn letak dlm diri kebinasaan, Islam melarang. Rokok haram tetap haram...

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini