08 September 2009

Tindakan keatas manusia berkepala lembu

Menteri Dalam Negeri berkata keputusan untuk mendakwa peserta demonstrasi - yang membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam yang memijak kepala lembu dan berucap ketika melakukan perbuatan itu - bukan satu pertimbangan politik.

Sebaliknya, beliau berkata sesiapa sahaja yang perlu dikenakan tindakan, maka tindakan akan diambil.

"Ada hikmahnya, dan sekiranya ada orang nak bawa kepala babi pula, tindakan yang setimpal akan diambil terhadap mereka.

"Mereka yang nak buat protes tanpa kawalan di mana, mana-mana pihak boleh mengeksploitasikannya, akan memikirkannya dua tiga kali sebelum berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam bahawa peserta demonstrasi itu akan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 atau alternatifnya Kanun Keseksaan.

Abdul Gani berkata mereka yang terbabit juga akan menghadapi satu lagi tuduhan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana menyertai perhimpunan haram.

Hishammuddin berkata sesiapa yang melakukan sesuatu yang mengundang ketidakstabilan negara, menyentuh isu sensitif seperti agama dan kaum perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka itu.

"Kami tidak menyebelahi mana-mana kaum terhadap kaum yang lain dan begitu juga ideologi politik, seperti isu Perak, isu Kg Buah Pala dan isu Seksyen 23.

"Mana-mana pihak yang meletakkan diri mereka dalam kedudukan itu, perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka mengikut undang-undang," katanya.

Saya ingin menyarankan agar tindakan yang paling keras diambil keatas manusia-manusia berkepala lembu ini kerana mereka amat membahayakan negara. Negara boleh jadi porak peranda jika satu pihak lagi mengambil tindakan balas. Peristiwa hitam diKampung Medan harus menjadi pengajaran.

Saya menyokong penuh tindakan Polis, Peguam Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan yang paling keras dan setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Moga peristiwa ini menjadi pengajaran paling berguna pada kita semua. Rakyat sangat marah.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini