27 September 2009

Parti Proksi BN

Sah Parti Makkal Sakhti Malaysia merupakan parti proksi BN untuk menggantikan MIC yang sudah tidak mendapat sokongan dan kepercayaan dari pimpinan tertinggi UBN.

Buktinya parti ini sendiri akan dilancarkan PM dan beberapa kenyataan oleh Penasihat Agung tidak resmi Parti Umno & Barisan Nasional mengesahkan kebenaranya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penubuhan parti Makkal Sakhti sebagai satu langkah yang baik memandangkan banyaknya sokongan bagi penubuhan parti baru itu.

Beliau berkata penubuhannya juga perlu sebagai langkah mengekalkan sokongan kaum India terhadap kerajaan.

"Oleh kerana dilihat terdapat banyak sokongan bagi penubuhan parti ini, saya fikir ia adalah baik kerana kita (kerajaan) tidak mahu kehilangan sokongan kaum India," katanya.

Parti Makkal Sakti Malaysia ditubuhkan oleh bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan tahun lalu.

Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lalu, diterajui bekas penyelaras kebangsaan Hindraf R S Thanenthiran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini - pada 10 Oktober ini di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.

Ditanya sama ada penubuhan parti itu akan memberikan kesan terhadap pengaruh MIC selaku parti utama kaum India di negara ini, Dr Mahathir berkata,:"Saya fikir pengaruh MIC sudah semakin luntur".

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai cadangan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu untuk bercuti selama dua bulan daripada melaksanakan tugas-tugas sebagai Presiden parti, Dr Mahathir berkata tempoh itu tidak mencukupi.

"Ia patut dilanjutkan kepada kira-kira 20 tahun, dua bulan tidak cukup.

"Dia tidak boleh...dia sudah duduk di situ (jadi presiden MIC) 30 tahun, jauh lebih lama dari saya. Saya 22 tahun pun sanggup letak jawatan (sedangkan) masa saya letak jawatan bukanlah orang benci sangat tapi saya letak jawatan. Selagi dia duduk di situ lagi lama, lagi orang benci," katanya.

2 comments:

  1. Ada yg dpt offer lagi dari Najis?!! Juta?, Billion?

    ReplyDelete
  2. Macam biasa mereka yang dapat offer ni dijanjikan sesuatu.... tapi janji ajelah ... dapat belum tentu lagi.

    Cuma saya hairan apa hal Tun Mahathir sibuk-sibuk fasal tok samy. Orang MIC sayang kat dia ... TM dulu orang Umno dah tolak dia patutlah dia letak jawatan.

    Tok Samy kena lawan, jgn dengan cakap dia orang teruskan jadi presiden MIC sampai mati.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini