28 September 2009

Penolakan MIC : Pemimpin Umno akui

Pemimpin Umno serta daripada parti komponen BN berhak menyuarakan pandangan daripada akar umbi berhubung kemelut kepimpinan dalam MIC, tetapi tidak seharusnya campurtangan secara langsung dalam isu berkenaan, kata seorang pemimpin Umno.

Mohamad Shukor, yang juga ADUN Kuang mengakui wujudnya penolakan terhadap MIC daripada pemimpin-pemimpin parti komponen BN, termasuk Umno.

Namun, jelasnya, beliau tidak mengetahui sekiranya terdapat pemimpin Umno yang turut sama bersekongkol untuk menjatuhkan presiden MIC itu, kata Syukor yang boleh diibarat seperti kura-kura dalam perahu ... pura-pura tak tahu.

Kalau nak tahu tanyalah Che Det.

27 September 2009

Parti Proksi BN

Sah Parti Makkal Sakhti Malaysia merupakan parti proksi BN untuk menggantikan MIC yang sudah tidak mendapat sokongan dan kepercayaan dari pimpinan tertinggi UBN.

Buktinya parti ini sendiri akan dilancarkan PM dan beberapa kenyataan oleh Penasihat Agung tidak resmi Parti Umno & Barisan Nasional mengesahkan kebenaranya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penubuhan parti Makkal Sakhti sebagai satu langkah yang baik memandangkan banyaknya sokongan bagi penubuhan parti baru itu.

Beliau berkata penubuhannya juga perlu sebagai langkah mengekalkan sokongan kaum India terhadap kerajaan.

"Oleh kerana dilihat terdapat banyak sokongan bagi penubuhan parti ini, saya fikir ia adalah baik kerana kita (kerajaan) tidak mahu kehilangan sokongan kaum India," katanya.

Parti Makkal Sakti Malaysia ditubuhkan oleh bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan tahun lalu.

Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lalu, diterajui bekas penyelaras kebangsaan Hindraf R S Thanenthiran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini - pada 10 Oktober ini di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.

Ditanya sama ada penubuhan parti itu akan memberikan kesan terhadap pengaruh MIC selaku parti utama kaum India di negara ini, Dr Mahathir berkata,:"Saya fikir pengaruh MIC sudah semakin luntur".

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai cadangan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu untuk bercuti selama dua bulan daripada melaksanakan tugas-tugas sebagai Presiden parti, Dr Mahathir berkata tempoh itu tidak mencukupi.

"Ia patut dilanjutkan kepada kira-kira 20 tahun, dua bulan tidak cukup.

"Dia tidak boleh...dia sudah duduk di situ (jadi presiden MIC) 30 tahun, jauh lebih lama dari saya. Saya 22 tahun pun sanggup letak jawatan (sedangkan) masa saya letak jawatan bukanlah orang benci sangat tapi saya letak jawatan. Selagi dia duduk di situ lagi lama, lagi orang benci," katanya.

26 September 2009

Parti Makkal Sakti Malaysia ~ TIADA sambutan

Kota Raja ~ Masyarakat India kebanyakannya sambut dingin penubuhan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini yang dijadual dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bulan depan.

Parti Makkal Sakti ditubuhkan oleh bekas pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan Oktober lalu.

Parti itu yang kini sedang giat mencari sokongan dari kalangan masyarakat India sebagai satu alternatif kepada MIC telah cuba memancing Ahli Kelab Penyokong PAS Kota Raja dengan menawarkan pelbagai jawatan untuk mereka. Ini dinyatakan oleh En Letchumanan selaku Pengerusi KPP Kota Raja merangkap Pengerusi KPP Selangor baru-baru ini.

Parti Islam Se Malaysia (PAS) khusus PAS Kawasan Kota Raja amat beruntung kerana nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam KPP kini menunjukkan hasil dimana mereka terasa amat selesa dengan pimpinan PAS Kawasan yang mereka anggap terlalu suci walau pun mereka tidak diumpan dengan wang ringgit tetapi mereka tetap masih setia kerana prinsip-prinsip Islam yang ditunjukkan kepada mereka bersesuaian dengan naluri kehidupan mereka.

Cakap Mahathir dah tak laku

Tindakan Isa Samad yang mahu namanya bersama dua lagi calun untuk dipertimbangkan oleh Presiden Umno sebagai calun PRK Bagan Pinang menunjukkan bahawa beliau mempunyai pendirian yang utuh dan mahu menunjukkan kepada parti bahawa beliau masih releven lagi untuk menjadi wakil rakyat jika menang nanti walau pun terpalit disekeliling badannya dengan najis rasuah.

Tindakan beliau yang mempersetankan permintaan Tun Mahathir juga satu tamparan yang maha hebat untuk Tun bahawa "kalau lu nak pencen itu lu punya hal .... apa hal nak sibuk dengan gua" mungkin itu yang ada dalam hati Tan Sri Isa.

Sementara itu mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad terus mendesak dan menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih.

Dalam kes ini, siapa yang mempergunakan Tun Mahathir sebagai jurucakap Umno?

25 September 2009

Persekitaran kurang nyaman

Alahai, raya tahun ni paling tak meriah ....Banyak gangguan fikiran dan otak pun dok mula berkecamuk .....ramai yang dok hentam sana sini .... dah tak aman macam dulu lagi ..... banyak cerita sana sini yang tak sedap didengar ..... Apa dah Jadi?

Baca sana baca sini .... Tun Mahathir pun dah masuk daun, dia komen macam-macam fasal pakatan ikut sedap dia ajelah.... macam biasa lah.

Kan nama yang diguna pakai ialah Pakatan Rakyat, apa fasal tak berpakat? Rakyat mula bertanya. Apa nak jawab.

Moga-moga cerita sekadar cerita .... last nanti terpaksalah ke3 tiga bos besar duduk round table and keluar statement ..... pas tu terus salam-salaman dan peluk-pelukan.... selesai satu perkara.....
Amin. Tapi macam tak serik je .... tak lama lepas tu keluar lagi satu hal yang rakyat tak suka. Jagalah Negeri Selangor baik-baik.... Amanah Rakyat tu.

Suburkan budaya tegur-menegur Hapuskan budaya ugut... (Roslan sms)
That fellow 'main wayang' ( penarik beca 25/9/09)
PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat (Harakah Daily 25/9/09)
Hadiah penyapu untuk PAS Selangor (Kelab Greenboc 25/9/09)
'PAS should get rid of Hasan Ali' (Malaysiakini 25/9/09)
Lessons from Japan for Pakatan Rakyat (Malaysiakini 25/9/09)
Keluar Pakatan?: Nabi tidak pernah khianati perjanjian!! (Al-Bakistani 25/9/09)
Hasan Ali Antara Ikhlas Atau Hipokrit? (Ikut Suka Aku 25/9/09)

24 September 2009

Sebuah kisah di bulan Syawal.

Satu hari si bapa yang "kaki rokok" meminta wang daripada anaknya yang menerima banyak wang raya kerana dia dah kehabisan duit untuk membeli rokok.

Si bapa memang bermasalah kerana tiada kerja tetap dan sikap memilih kerja menambah lagi masalah kewangan keluarga ini. Sepanjang kehidupan keluarga mereka yang bertahun-tahun lamanya, si isterilah yang banyak berkorban menangggung kehidupan keluarga sedangkan si suami endah tak endah dalam soal tanggungjawab memberi nafkah.

Apabila si anak berkeras tidak mahu memberi permintaan si bapa, si bapa mula naik angin dan memarahi serta mengungkit segala jasa dan pemberiannya kepada si anak ini.

Si anak yang bercucuran air mata berlari mendapatkan si ibu dan memeluknya sambil berkata " Aiman Tak Kisah (bukan nama sebenar) bukan tak nak bagi ayah duit. Tapi aiman tak nak ayah mati. Aiman sayangkan ayah.."

Azman MH

Rumah Terbuka Paling Meriah

Di beritakan sambutan rumah terbuka paling meriah di Malaysia yang bermula pada 1 Syawal hingga 21 Syawal nanti ialah di Negeri 9 dalam DUN Bagan Pinang, Parlimen Teluk Kemang.

Para pimpinan peringkat Pusat bermula dari Pak Menteri, Timb. Menteri serta di peringkat negeri pula MB serta exco dan ADUN nya hingga sekecil-kecilnya Ketua Cawangan Umno dan Ketua Kampung sibuk benar mengadakan rumah terbuka. Tak ada apa yang dipelikkan kerana kalau kali ini semua sambutan tu diadakan di Bagan Pinang.

Berpusu-pusulah mereka turun mengadakan rumah terbuka tersebut tapi taklah semua dirumah sebab kebanyakan yang mengadakan rumah terbuka tersebut tidak punyai rumah pun di Bagan Pinang.

Dalam majlis tersebut dijemputlah rakyat miskin, anak yatim, ibu tunggal kononnya serta rakyat jelata sekelian.

Oleh kerana jemputan dibuat untuk semua maka inilah peluang terbaik untuk semua orang turun ramai-ramai kemajlis-majlis tersebut untuk menambah koleksi mencari duit raya. Kalau ada anak ramai pastikan semua dibawa bersama silap-silap lepas duit petrol kita kesana.

Kalau nak bezakan adakah pemberian serta agihan duit raya itu agak pelik tetapi seperti telah dirancangkan oleh mereka anda kena dapatkan pengundi local Bagan Pinang dan check dengan dia orang adakah jumlah dalam sampul duit raya tu semuanya sama.

Kalau berbeza jumlah nya kita langsung tak pelik tapi kalau sama memang kita pelik.

Saya terbaca dalam harakah daily.net minta petugas-petugas PAS berhari raya disana dan disamping gunakan peluang tersebut untuk berkempen. OK cadangan tu cuma pasti kan rumah yang ingin dikunjungi tersebut merupakan pengundi atas pagar, UMNO dan Askar.... untuk itu, paling minima rekod penculaan Mac 2008 kena dikeluarkan, check mana rumah yang paling berkualiti untuk dikunjungi.

Kita tak boleh berkempen dalam kem Askar.... OK lah tu....untuk tujuan keselamatan katanya. Tapi kan kita boleh berkunjung kerumah-rumah anggota tentera tersebut dalam kumpulan yang kecil untuk beraya kerana kempen kali ini dalam bulan raya. Lagi pun kalau ada ceramah kat luar kem askar tak kan askar tu tak keluar. PRK Parlimen Teluk Kemang masa Ruslan Kassim (sikatak lompat) bertanding dulu, Undi POS kita MENANG ooooo!!!!!. Terlopong Mahathir masa tu.

Nasib kita dalam mana-mana PRK memang sentiasa baik dan ramai yang nak tolong. Kali ini kita berbangga dan berterima kasih pada Tun Dr Mahathir yang banyak bantu kempen awal kita. Kalau orang yang cekap bacaan politik nya semua tindakan Tun dan siapa pun calun pilihan UBN ia tetap baik untuk PAS/PR.

Cantik dah tu jangan asyik belasah SPR aje. Terus buat kerja.... ada banyak ruang dan peluang untuk kita mendekati para pengundi disana. Yang utama kita kena kreatif. Otak jangan buntu. Para pendokong dan penyokong PAS/PR kalau otak dah buntu menghadapi situasi sebegini alamat gelap masa depan.

21 September 2009

BERAYA DI KAMPONG...

Assalamulaikum WBT

Pagi 19hb Sept, sebaik sahaja solat subuh, saya bersama anak bongsu dan pembantu rumah bertolak balik ke Kedah. Saya memang menyiapkan minda untuk perjalanan yang akan mengambil masa yang lebih lama.

Namun jangkaan saya meleset. Ia mengambil masa yang sangat lama. Dari Rawang hingga melepasi terowong di Ipoh, ia mengambil masa selama 4 jam!! Sepatutnya jika semua pemandu bersabar, dan jika terpaksa memandu pada kadar 80km sejam pun, perjalanan untuk melepasi Ipoh hanya akan mengambil masa 3 jam sahaja. Ia benar menguji kesabaran.

Yang lebih membimbangkan bila panduan terlalu perlahan, mata mulalah mengantuk. Yang menyakitkan hati, ialah pemandu-pemandu yang tidak berhemah menggunakan lorong kecemasan dan kemudian memintas dihadapan menyebabkan pemandu di lorong-lorong disebelah kanan terpaksa mengalah.

Saya menelefon pihak polis 3 kali meminta mereka berbuat sesuatu. Dari Rawang ke Ipoh tidak nampak seorang pun anggota polis trafik. Hanya setelah sampai ke Sungai Perak, baru ada polis trafik di situ. Hanya selepas itu barulah kenderaan bergerak agak laju.

Memang kalau tidak puasa lah, pemandu-pemandu yang memotong que sudah kena sumpah dek YB gedembai ni.. Hati ini bersorak apabila melihat salah seorang pemandu yang menggunakan lorong kecemasan di saman polis. Astaghfirullah....... I am only human

Tahun ini keluarga saya berpecah empat menyambut Hari Raya.

Suami saya bersama anak perempuan ketiga yang sedang mabuk mengandung beraya di Kuala Lumpur bersama ibu mertua saya. Anak perempuan sulung pula sarat mengandung beraya dengan keluarga suaminya di Hulu Langat.

Dua orang anak lelaki yang masih menuntut beraya di Dublin. Memadailah dengan diwakili anak kedua yang balik beraya dengan Tok Wannya di kampung. Sebelum ini setiap tahun, semenjak saya mula bekerja, saya balik beraya di Kedah.

Tahun lepas, walaupun bonda tersayang sudah tiada lagi, saya masih pulang. Tahun ini oleh kerana memikirkan ayah saya sudah ada pengganti ibu, saya ingat hendak beraya di rumah sendiri dan bersama keluarga suami pula. Tapi beberapa hari sebelum Syawal, hati ini teringat sangat kepada ayah yang semakin uzur.

Mak Chik mengatakan yang ayah tidak dapat beriktikaf di masjid diwaktu malam seperti yang dia lazim lakukan. Selepas berbuka dia akan tidur dulu dan kemudian baru bangun solat isya' dan terawih dan kemudian bertahjud di rumah sahaja. Ayah begitu keletihan Ramadhan ini. Hati tidak sedap.

Takut tidak dapat berjumpa ayah semasa dia masih ada. Lalu saya meminta izin daripada suami untuk pulang juga. Ibu mertua pun semakin uzur, bapa mertua sudah lama tiada, jadi kami bersetuju masing-masing beraya dengan ayah dan ibu sendiri.

Saya sendiri tidak tahu yang saya begitu letih. Selepas berbuka puasa dengan ayah dan mengetahui Hari Raya confirm esoknya, saya tertidur.

Bila terjaga pukul 5 pagi, saya melihat berpuluh-puluh sms yang masuk. Memang semuanya mengucapkan Selamat Hari Raya. Saya tidak sempat membalas semuanya. Sepanjang Hari Raya pertama dan hari ini sms diterima tidak henti-henti. Saya tidak terdaya untuk membalas kesemuanya. Sekarang ini pun masih ada sms yang belum sempat saya baca. Saya memohon maaf kepada sahabat yang menghantar sms-ada yang dikenali dan ada yang tidak.

Kepada semua saya mengucapkan jazakallahukhairan kathira di atas ingatan dan doa anda sekelian. Izinkan saya mengucapkan kembali Selamat Hari Raya dan memohon maaf zahir dan batin serta maafkan saya jika tidak dapat membalas sms anda. Saya perlu mencari mekanisme yang lebih canggih di masa hadapan bagaimana hendak membalas sms yang begitu banyak.

Selepas solat Raya, saya ke rumah mak chik berjumpa ayah untuk mengucapkan selamat tinggal. Lega melihat ayah segar di pagi Raya. Namun hati begitu sayu hendak meninggalkan ayah. Setelah masuk kereta, saya turun semula berjumpa ayah sekali lagi. Rasa tidak puas bersama dengan ayah. Saya memeluk dan mencium ayah . Saya tidak pernah memeluk ayah begitu. Saya takut kehilangan ayah.

Bonda ke rahmatullah semasa saya sibuk dengan PRK Permatang Pauh. Semoga Allah SWT panjangkan umur ayah di dalam kesihatan serta kebajikan. Amin.... Ya Mujiib, Ya Wahhaab

Selepas ke kubur bonda serta menziarahi ibu saudara dan nenek saudara, saya bertolak balik ke KL. Alhamdulillah, perjalanan balik lancar. Walaupun penat, hati rasa puas kerana hajat di hati tercapai.

Saya harap anda pun merasa bahagia beraya kali ini :-)

Dr Siti Mariah Mahmud

Ucapan sms Eidul Fitri 1430H

Disini kami ingin berkongsi beberapa ucapan yang kami terima melalui sms dari semua rakan muslimin/muslimat, dari Kelab Penyokong PAS/KPP serta pimpinan Kawasan Kota Raja

Antaranya:-
1) Sama-samalah kita bermaafan-maafan dan jadikan Syawal ini sebagai titk tolak kepada keyakinan kita bahawa AL-QURAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.
Allahuakbar (3x). Walillah hilham. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Drp: Tn Hj Wan Zakari & family / Tmn Sri Muda


2) Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin

Drp: Sdr Ramu / KPP Sri Andalas


3) Taqabalallahu minna wa minka, Kullu 'am wa antum bi khair. Semoga diterima segala amalan.

Drp: Sdr Norhalim/TYDP & family


4)Allahuakbar (3x). Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

Drp: Tuan Jaafar Samsudin/YDP


5) Sama-samalah kita bermaafan-maafan kalau ada salah silap termakan terminum harap dimaafkan dihari yang mulia ini. Jemputlah datang ke rumah.

Drp: Sdr Bakhirrudin & keluarga / Teluk Menegon


6) Alhamdulillah Bersyukur (Allah). SELAMAT MENYAMBUT 'AIDIL FITRI.....ampun maaf juga daku pinta moga HIDUP BARQAH SENTIASA....amin

Drp: Sdr Ehsan Firus / Tmn Sentosa


7) Kami ingin mengambil kesempatan menguncapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mohon Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada kata atau perbuatan yang menyinggung perasaan. Semoga segala dosa-dosa antara kita sejak dulu hingga kini terpadam disaat yang mulia ini. Amin

Drp: Sdr Faizal & famili / Sri Sedeli Tmn Sri Andalas


8) Salam Aidilfitri...,
Ayat dibaca selembut sutera,
Bahasa diucap adakala berbisa,
Janji dilafaz tidak semua dikota,
Tugasan yang dilaksana ada yang tak sempurna,
Dalam pergaulan ada terguris jiwa,
Dalam bersenda loka ada yang buruk sangka,
Dalam kenangan ada yang dilupa,
Alpa kerana asyik dilanda suka.
DEMIKIAN LAH INSAN DINAMAKAN MANUSIA
Mohon diampun segala yang terlaku dan terkata,
Agar silaturahim dan persahabatan berpanjangan jua,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Drp: Sdr Abd Mutalib & sekeluarga. Ketua LPD / Sri Muda


9) Moga-moga lebaran kali ini akan lebih bermakna buat kita semua.. mendapat Rahmat dan Keampuan dariNya... Insyallah !!

Drp: Ust Abd Rahim Nasir / Gombak


10) Mohon maaf dan salam lebaran Maaf Zahir dan Batin

Drp: Sdr Razib & sekeluarga / Kg Jawa


11) Saya sekeluarga juga menguncapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINAL A'IDINWALFAIZIN". Mohon diampun salah silap zahir batin dunia akhirat. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan tahun depan, dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal lagi diberkati. Amin.

Drp: Tn Hj Abu Bakar Hasan / Sri Sedeli Tmn Sri Andalas


12) Salam. 1 Syawal walau terasa sukar untuk meraih gelaran hamba bertaqwa daripada madrasah Ramadhan yang berlalu tapi kita jangan putus asa. Berdoalah kepadaNya moga ibadah kita diterima. Maaf Zahir Batin.

Drp: Sdr Saharuddin & keluarga / Kg Jawa


13) Pelita dipasang penaik seri,
Ramadhan diganti si Aidilfitri,
Mesej pendek pengganti diri,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir & Batin,
Semoga Syawal datang bersama kejayaan tarbiyyah di bulan Ramadhan.

Drp: Pn Rosnah & Salehuddin sekeluarga. Ketua Dewan Muslimat KR / Tmn Setia


14) Rebus Ketupat Di Tepi Sawah,
Bakar Lemang Di Atas Bara,
Kalau Ada Silap Dan Salah,
Harap Maaf Semua Yang Ada.

Selamat Hari raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Drp: Sdr S. Lakshmanan / KPP Selangor


15) Walau langkah tak bertemu
Tangan tak berjabat,
Ucap tak terdengar,
Mata tak bertentang.

Mohon segala kekhilafan kerana ada tikanya
Mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata-kata & hati tersalah menduga.

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Drp: Sdr Azizi & sekelurga. Batu 3 Shah Alam


16) Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...

Drp: Sdr Rajan / Tmn Alam Nyata


17) Taqabalallahu minna wa minka, Kullu 'am wa antum bi khair. Semoga diterima segala amalan.

Drp: Sdr Abd Jalil / Jln Kebun


18) Semoga Syawal diraikan dengan penuh kesabaran dan kesyukuran. Selamat Hari Raya

Drp: Encik Azmi Jusoh & family / Pegawai Khas Kpd YB Ahli Parlimen Kota Raja


19) Seuntai "KASIH" membuat kita "SAYANG",
Seucap "JANJI" membuat kita 'PERCAYA"
Sekecil "LUKA" membuat "KECEWA"
Tetapi sebuah "PERSAHABATAN" selamanya akan "BERMAKNA".

Mohon maaf atas semua kesalahan. Terima kasih atas semua kebaikan. Selamat
Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Drp: Sdr Muthu / KPP Sri Muda


20) Semoga madrasah Ramadhan yang telah kita lalui dapat jadikan kita kita graduan ansorullah yang akan memastikan ISLAM MEMERINTAH BUKAN DIPERINTAH di bumi ini. Selamat Menyambut Aidilftri Maaf Zahir Batin.

Drp: Tn Hj Md Ali / Sri Siantan Tmn Sri Andalas


21) Salam eidul fitri, maaf zahir batin

Drp: Tn Hj Mohamed Diah sekeluarga / Bukit Naga


22) Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin

Drp: Sdr K.G. Sekar / KPP Tmn Sri Muda



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 143OH. MAAF ZAHIR & BATIN DARI SEKRETARIAT PARLIMEN KOTA RAJA

Syed Abd Malek





18 September 2009

Selamat Hari Raya

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas daripada

YB Dr Siti Mariah binti Mahmud
Ahli Parlimen Kota Raja

Klik disini untuk melihat Kad Ucapan Hari Raya dari YB Dr Mariah

En Azmi bin Jusoh
Pegawai Khas Ahli Parlimen

En Mohd Razif bin Maslan
Pegawai Sekretariat

En Syed Abdul Malek bin Syed Mustafa
Pegawai Sekretariat

En Azman bin Mohd Mah Husin
Pegawai Sekretariat

Tuan Hj Nordin bin Ismail
Pegawai Sekretariat

17 September 2009

Sumbangan Ramadhan PAS Jalan Kebun

Program sumbangan sempena Ramadhan dan menjelang Hari Raya daripada PAS Jalan Kebun. Sebanyak 25 orang yang memerlukan bantuan telah berjaya disampaikan. Alhamdulillah.

Kami juga berkesempatan menziarahi sahabat yang sakit, uzur, OKU, warga emas, ibu tunggal dan sebagainya.
Muslimat juga turut membantu pada hari pertama. Walaupun pada hari bekerja dengan masa yang suntuk dapat juga kami menyelesaikan program turun padang ini. Dua kumpulan telah bergerak ke rumah-rumah pada Hari Rabu 16 Sept 2009.Manakala pada hari Khamis 17 Sept 2009 satu kumpulan sahaja yang dapat hadir yang terdiri daripada 5 orang ahli PAS Jalan Kebun termasuk seorang sahabat dari Bukit Naga turut membantu. Terima kasih daun keladi akan datang buat lagi.Kepada yang menghulurkan sumbangan berupa beras, kuih raya, gula, serbuk minuman MOHSA, wang ringgit, tenaga, masa dan lain-lain diucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah yang layak memberi ganjaran. Tambah-tambah lagi pada bulan yang mulia ini.

Kami berharap pada masa akan datang program ini dapat terus dijalankan lagi.

Kiriman : Ismail PAS Jln Kebun

Berita dari keratan akhbar NANBAN

Keterangan

Tajuk : Bantuan kebajikan kepada OKU pada Majlis Berbuka Puasa

Keterangan gambar : YB Dr Siti Mariah Mahmud bersama penerima bantuan kerusi roda

Isi Artikel : Klang Sept 15. 5 orang india menerima bantuan kerusi roda pada Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Kelab Penyokong Pas Kawasan Kota Raja.


YB Dr Siti Mariah binti Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja menyampaikan sumbangan kerusi roda pada majlis tersebut yang di adakan di Dewan Lipat Kajang Taman Sri Andalas.
Seorang ahli perniagaan dari klang, En Ramachanthiran menaja bantuan tersebut sepenuhnya.

A. Sakadevan ( 40 ) S. Sellamah ( 58) dari Kg Tanggavelu, N Meenathci ( 72) dari Taman Desa Latania, M Sugumaran ( 50) dari Taman Menara Maju dan S Bala dari Taman Maznah adalah diantara mereka yang menerima bantuan tersebut.

Majlis mendapat sambutan yang baik daripada kehadiran ahli Kelab Penyokong Pas/KPP Kota Raja dan juga YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang telah memberikan penerangan sebenar tentang masalah isu kuil di Seksyen 23 Shah Alam

YDP PAS Kota Raja Tuan Jaafar bin Samsudin , Timbalan YDP Tuan Norhalim bin Sirome, Naib Tmbalan YDP Tuan Hj Mohd Termizi, Ketua KPP Kota Raja En Lakshmanan serta Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, Tuan Mohd Razif bin Maslan telah hadir bersama pada majlis tersebut.

YB Dr Siti Mariah berjanji PAS akan terus menjaga kebajikan serta memberi perhatian yang sewajarnya kepada kaum India Kota Raja


alih bahasa oleh Veni Ruben

15 September 2009

Gambar & Peristiwa Menarik

Prihatin : YB Dr Siti Mariah menolak kereta warga emas yang hadir dalam majlis berbuka puasa bersama KPP di DUN Sri Andalas.
PAS FOR ALL : Para tetamu yang terdiri dari berbilang bangsa Melayu, Cina dan India yang kesemuanya bernaung dibawah PAS menikmati juadah berbuka puasa.PUAS HATI YB KHALID DATANG : Macam biasa TENTERA MERAH Pemuda PAS Kota Raja sentiasa meluangkan masa membantu setiap aktiviti anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja, susah nak dapat kawan macam Pak Yob dan Tuan Zainal ni.
ISU KEPALA LEMBU : YB Khalid serious menyampaikan taklimat isu semasa sempena program bersama KPP ini

Berkaitan berita ini sila layari :

Ihya Ramadhan bersama Kelab Penyokong PAS Kota Raj...

TAZKIRAH KEPADA NON MUSLIM !!

Teman Respect Al-Bakistani...

AKU BENCI JUMUD !!

14 September 2009

Bagan Pinang : Kawasan UBN, SPR pilih Sabtu & Ahad

Inilah kerja SPR, tidak memihak mana-mana parti yang bertanding katanya. Adilkah jika PRK di Kawasan UBN buat hari Sabtu dan Ahad, tapi bila dikawasan PAS atau PKR buat hari Isnin dan Selasa. Apa maknanya semua ini?

Apa pun hari yang dipilih LAWAN TETAP LAWAN.

12 September 2009

Nilailah sendiri

Lihatlah betapa biadapnya anak-anak kelahir UBN ini. Ini bukan manusia Normal kerana ada sifat kebinatangan dalam diri mereka. Siapa ajar mereka jadi begini? Siapa control otak mereka? Siapa ikon mereka? Manusia yang waras tidak akan berkelakuan sebegini.

Nilai lah sendiri .....



11 September 2009

Malam ini malam Lailatul Qadar?

Kalau nak dapat kena usaha. Orang jadi kaya pun berusaha untuk mendapat kekayaannya. Pelajar yang pintar juga berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang mereka ingini. Begitu jugalah kita jika ingin mendapat malam yang lebih baik dari seribu bulan ini mestilah berusaha disepanjang sepuluh malam terakhir ini.

Banyak amalan salih dilakukan pada Ramadan dengan harapan mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah. Bagi setiap amalan dilakukan kita hendaklah berdoa supaya diterima Allah.

Sesungguhnya berdoa adalah satu tugas agama yang penting kedudukan dan mahal nilainya. Ia adalah pintu ibadah dalam memperhambakan diri kepada Allah dan memperlihatkan kerendahan jiwa kepada-Nya.

Ini jelas melalui sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Doa itu adalah otaknya ibadat." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).

Pengabdian atau ibadat yang dikerjakan tanpa berdoa adalah tidak berjiwa, hidup dan bergerak. Ini laksana tubuh yang tidak bernyawa – ada badan tetapi tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Amalan berdoa digalakkan sepanjang masa, lebih-lebih lagi pada Ramadan, terutama pada Lailatul Qadar. Ia adalah malam paling mustajab berdoa, khususnya pada masa berlalu separuh malam dan ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.

Sepanjang Lailatul Qadar adalah saat doa yang dimakbulkan. Maka perbanyakkan doa pada malam itu.

Dalam satu hadis, Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah, apa pendapat kamu jika aku tahu Lailatul Qadar itu, apakah akan aku bacakan dalamnya?

Jawab Baginda: "Bacalah "Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fuanni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini)." (Hadis riwayat al-Khamsah).

Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: "Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doa kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab."

Secara jelas dapat diperhatikan bahawa Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah.

Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doa dikabulkan Allah.

Tuhan selalu membuka pintu untuk hamba-Nya mengadu, memohon dan berdoa kepada-Nya. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah al-Baqarah, ayat 186).

Firman Allah lagi bermaksud: "Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Nya, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dengan hina." (Surah al-Mukmin, ayat 60).

Exco Wanita buat lapuran Polis

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan rogol yang diterimanya ketika sesi dialog bersama penduduk Seksyen 23 Shah Alam berhubung isu pemindahan kuil, Sabtu lepas.

Rodziah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam di Seksyen 11 di Shah Alam, kira-kira pukul 12 tengahari tadi iaitu kira-kira seminggu selepas sesi dialog itu.

Exco Selangor itu berkata laporan itu dibuat kerana bimbang keselamatan diri, keluarga dan kakitangannya terancam.

"Saya hadir sebagai ADUN Batu Tiga serta panel dialog bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan tetapi menerima kata kesat dan ugutan rogol dari pihak yang menimbulkan kekecohan ketika sesi dialog berjalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan memberi jaminan akan menyiasat perkara berkenaan. BERNAMA

10 September 2009

Islam kini dimata non-muslim

Kisah benar, pagi tadi saya termanggu bila didatangi oleh staff dibawah seliaan saya Pn Kamala Devi a/p Ghanaphti. Beliau berumur 51 tahun dan tinggal diSeksyen 18 Shah Alam.

Kami sudah mengenali hampir 20 tahun. Saya menganggap beliau macam kakak sendiri dan keliling kelalang juga tau bahawa dia juga menganggap saya seperti adiknya.

Beliau merupakan penganut Hindu dan sering juga minta cuti atau minta balik awal kerana hendak sembahyang dan kekuil katanya. Biasanya saya beri saja apa juga permintaan nya kerana dia pandai bodek saya dan selalu beri saya makanan termasuk kari kambing kegemaran saya. Saya memang berani makan kari kambing masakan nya kerana saya sudah siasat rumah sampai kedapur dan tempat kambing tersebut dibeli dsbnya.

Saya terkejut bila pagi tadi dia beritahu bahawa pada tahun ini di dia hendak bayar Zakat Fitrah. Dia beritahu kepada saya bahawa beliau telah bincang dengan suaminya dan suaminya pun kata tak ada masaalah.

Apa yang kedua mereka faham ialah Zakat Fitrah tersebut dikutip bagi memberi bantuan kepada orang miskin dan anak yatim. Tanpa tokok tambah saya bersetuju 100% dengannya kerana pada tahap ini saya rasa tak perlu diulas panjang lagi.

Dia berjanji pada cuti hari Sabtu ni dia akan bayar Zakat tersebut dan kebetulan saban hari beliau melihat Amil bertugas tersebut di Surau berhampiran dengan rumahnya.

Saya berharap jika ada non-muslim yang tercalit sesuatu didahinya datang kepada Amil untuk bayar Zakat jangan pula ditolak. Mereka mula mendekati Islam dan raikan mereka.

Perubahan dan penerimaan non-muslim terhadap Islam kini berada ditahap yang paling membanggakan. Kita dah baca cerita tentang ADUN DAP duduk dalam Usrah, mereka datang majlis tahlil, doa selamat dan marhaban pun ada. Zaman UBN perintah Selangor dulu payah betul nak cari keadaan ini.

Peluang ini harus diambil oleh PAS yang memperjuangkan Islam sebagai cara hidup, PKR sebagai parti yang memperjuang keadilan untuk semua dan DAP yang memperjuangkan demokrasi yang kini berada dalam satu gagasan Pakatan Rakyat untuk muncul sebagai juara bagi menyediakan tempat yang disenangi dan selamat untuk mereka.

Mereka sudah tidak percaya lagi dengan dakyah yang disebarkan oleh UBN sejak 52 tahun yang lalu. Mereka sudah rasa merdeka untuk hidup bersama dengan kita dalam satu masyarakat majmuk yang mengiktiraf kehadiran mereka. UBN sudah tiada dalam hati mereka.

Jika tuan membaca dalam utusan on line hari ini berkenaan ketidakpuasan hati NGO Melayu bila AG mengambil tindakkan segera kepada pemijak kepala lembu di Shah Alam.

Jawapan nya mudah sahaja UBN kini tersepit .... sudah ada tanda-tanda mereka akan ditewas kan di Bagan Pinang dalam PRK selepas Eidul Fitri nanti.

Kita jumpa lagi dan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE 2 'PAS FOR ALL' esok 11.09.2009.

Dari email : angah.kotaraja

09 September 2009

Iftar bersama non-muslim

Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja pada kali ini mengambil inisiatif baru dengan menganjurkan Iftar bersama Kelab Penyokong PAS Kota Raja.

Majlis diadakan di Surau Al Muiz, Sri Muda Shah Alam. Pada Majlis tersebut ramai pemimpin Kawasan yang hadir termasuk YDP, TYDP, Hj Mulyani dan hampir semua AJK LPN Kota Raja termasuk sdr Syed, Iqbal, Mutalib dan lain-lain.Malis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Shuhaimi Shafie yang seterus berucap dan menjadi Imam didalam dalam Solat Maghrib.Manakala YB Dr Siti Mariah tidak dapat hadir sama kerana berada di Masjid Bukit Lanchung memenuhi undangan disana bersama Sdr Azmi Jusoh.

Semua pimpinan KPP Sri Muda termasuk Penyelarasnya Sdr KG Segar, Setiausaha Sdr Vijay dan hampir 20 ahli KPP termasuk perempuan hadir.

LPN KR mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Surau Al Muiz Sri Muda Tuan Hj Wan Zakari dan Ahlijawatankuasa diatas penganjuran majlis ini. Terima kasih daun keladi tahun depan buat lagi.

08 September 2009

Tindakan keatas manusia berkepala lembu

Menteri Dalam Negeri berkata keputusan untuk mendakwa peserta demonstrasi - yang membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam yang memijak kepala lembu dan berucap ketika melakukan perbuatan itu - bukan satu pertimbangan politik.

Sebaliknya, beliau berkata sesiapa sahaja yang perlu dikenakan tindakan, maka tindakan akan diambil.

"Ada hikmahnya, dan sekiranya ada orang nak bawa kepala babi pula, tindakan yang setimpal akan diambil terhadap mereka.

"Mereka yang nak buat protes tanpa kawalan di mana, mana-mana pihak boleh mengeksploitasikannya, akan memikirkannya dua tiga kali sebelum berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam bahawa peserta demonstrasi itu akan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 atau alternatifnya Kanun Keseksaan.

Abdul Gani berkata mereka yang terbabit juga akan menghadapi satu lagi tuduhan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana menyertai perhimpunan haram.

Hishammuddin berkata sesiapa yang melakukan sesuatu yang mengundang ketidakstabilan negara, menyentuh isu sensitif seperti agama dan kaum perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka itu.

"Kami tidak menyebelahi mana-mana kaum terhadap kaum yang lain dan begitu juga ideologi politik, seperti isu Perak, isu Kg Buah Pala dan isu Seksyen 23.

"Mana-mana pihak yang meletakkan diri mereka dalam kedudukan itu, perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka mengikut undang-undang," katanya.

Saya ingin menyarankan agar tindakan yang paling keras diambil keatas manusia-manusia berkepala lembu ini kerana mereka amat membahayakan negara. Negara boleh jadi porak peranda jika satu pihak lagi mengambil tindakan balas. Peristiwa hitam diKampung Medan harus menjadi pengajaran.

Saya menyokong penuh tindakan Polis, Peguam Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan yang paling keras dan setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Moga peristiwa ini menjadi pengajaran paling berguna pada kita semua. Rakyat sangat marah.

06 September 2009

Aksi terlampau UMNO untuk mengembalikan KUASA yang HILANG

Dalam 2 posting saya sebelum ini dapat dilihat 'Aksi Terlampau UMNO' sebagai 'Jalan Pintas' UBN untuk mendapat sokongan masyarakat Melayu/Islam bagi menyokong semula perjuangaN mereka yang semakin kabur dan menuju kubur menjelang PRU 13 akan datang.
Alasan-alasan yang diguna pakai dalam isu ini memperlihatkan kedangkalan pemikiran mereka yang merupakan golongan minoriti Ekstremis Melayu dalam menghadapi situasi sebegini. Melalai Video dapat dilihat dengan jelas bahawa jenis orang yang digambarkan dalam video tersebut bukanlah mereka yang berbudi bahasa dan berpekerti mulia.

Setiap mereka baik lelaki mau pun perempuan bagai di rasuk syaitan ketika menjerit-jerit dan bertempik(bagaikan orang kurang siuman) didalam majlis dialog tersebut. Penampilan mereka dari segi berpakaian dan rambut mereka yang ala ........ tersebut bolehlah ditafsirkan mengikut tafsiran masing-masing.

Mari kita lihat cara pemikiran orang yang paling bijak di Malaysia iaitu rakyat negeri Kelantan sebuah negeri yang dipanggil Serambi Mekah yang di pimpin oleh Tok Guru Nik Aziz ini (saya katakan mereka bijak dan berani kerana merekalah satu-satu rakyat dari sebuah negeri di Malaysia yang menolak UBN secara total sejak 20 tahun yang lalu).

Berjalan-jalan diTumpat Kelantan dengan komposisi penduduknya seramai 92% Melayu, ianya merupakan sebuah daerah mutlak bermajoritikan Melayu. Disini terdapat patung Budha yang amat terkenal diantaranya Wat Photivihan di Kampung Beruk, disana terdapat patung Buddha terbaring yang terpanjang di Asia Tenggara.

Orang Seksyen 23 (UBN) kena belajar jadi pelik kerana semua orang pun pelik kenapa patung tersebut tidak ada di Thailand atau Burma tetapi berada di Negeri yang di sebut sebagai 'Serambi Mekah' yang mana penduduk Islamnya melebihi 90% jauh lebih tinggi dari penduduk Islam Seksyen 23 yang lebih kurang 70% tersebut (kalau tak silap lah).

Berdasar dari segi logik akal memang tidak munasabah dan seharusnya Wat tersebut dibangunkan di sebuah kawasan Islam, tetapi itulah hakikatnya. Ada banyak lagi wat di Daerah Tumpat (nak tau tanya orang Tumpat .... orang Seksyen 23 yang UBN tak ada ke yang berasal dari Tumpat?)

Begitu juga diBachok yang paling banyak terdapat terdapat Pondok Pengajian Islam yang banyak melahirkan cendiakawan Islam masa kini dan lampau masih dapat membenarkan penganut Buddha yang sekitar 1.8% mendirikan wat dikawasan mereka.

Inilah keindahan Islam yang terdapat di Negeri Kelantan. Sikap toleransi mereka terhadap agama lain amat tinggi sehinggakan masyarakat bukan Melayu amat menghormati Agama Islam yang suci murni ini.

Sikap ini tidak hanya ditunjukkan diKelantan kerana kalau kita lihat di Melaka dan Pulau Pinang pun keadaan nya lebih kurang sama.

Tanjong Tokong di Pulau Pinang menampakkan nama yang ke Cina an yang pasti diduduki oleh majoriti Cina tapi tidak... ianya merupakan kawasan majoriti Melayu yang ditengah-tengahnya terdapat sebuah berhala. Ketika saya kesana kehidupan rakyatnya amat dan harmoni tidak seperti yang digambarkan oleh penduduk seksyen 23 UBN.

Di Melaka kita boleh lihat ratusan berhala didirikan tidak sampai kadang-kadang dalam jarak 50 meter dari masjid. Cari jawapan nya sendiri kerana di Melaka ada sebuah tempat yang majoriti orang Cina iaitu 99% masih terdapat sebuah masjid (rujuk Jabatan Agama Islam Melaka @ Ali Rustam).

Inilah gambaran keharmonian penduduk Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Ada ribuan lagi contoh diatas di Malaysia dan mereka tidak membantah atau menyebabkan penganut agama lain merasa kepayahan. Mereka menghormati agama anutan jiran tetangga mereka.

Mengapa perarakan kepala lembu dan dialog di MBSA jadi begitu panas dan tidak terkawal? Jawapannya mudah..... semua ini berlaku kerana didorong oleh segelintir manusia Melayu/Islam yang sudah KEHILANGAN KUASA lalu menjadikan agama ini sebai alat untuk memulihkan KUASA mereka.

Gambar YB Dr Xavier Jayakumar sedang berucap di Masjid Lipat kajang dalam majlis berbuka puasa yang lalu. Dianggarkan seramai 400 jemaah hadir dalam majlis tersebut termasuk YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja.

Gambar : Kepala Lembu diarak ke SUK selepak solat Jumuat yang lalu dan di pijak, sambil memekik 'Allah hu Akhbar' ~ Adilkah pekikan itu untuk Agama suci Islam?

Video : Ekstremis Melayu memalukan Islam

Dialog mencarut & maki hamun : memalukan umat Islam

Walau pun semalam merupakan hari ke 15 umat Islam mengerjakan ibadah puasa tetapi dalam dialog antara penduduk seksyen 23 dengan 2K (Khalid Ibrahim & Khalid Samad) dan Rodziah dipenuhi oleh aksi-aksi ganas yang amat memalukan kita umat Islam.

Jika dinilai dari aksi mereka (entahlah saya tak pasti mungkin para ustaz boleh terangkan ...... saya akan bertanya nanti dalam sessi Tazkirah Ramadhan oleh Pengerusi Surau Seksyen 23, AF Ustaz Azrulhakim Suradi di Surau Al Ikhwan Taman Setia, Jalan Johan Setia malam ni 6.9.2009..... jika mereka mati (contoh yg songkok tinggi tu) masa mereka sedang memaki hamun dan mencarut adakah mati mereka diketogorikan sebagai mati syahid .... kerana mereka benar-benar (konon nya) menghalang pembinaan kuil berkenaan.

Puasa semalam bagi exstemis yang beraksi dalam pelbagai aksi semalam tidak menampak mereka sebagai orang Islam sedang 'berpuasa', Puasa tidak menjadi pendinding kepada mereka. Mereka bagai orang yang dirasuk syaitan. Puasa tidak menjadikan mereka orang-orang yang sabar, beriman dan bertaqwa.

Aksi mereka memalukan seluruh umat Islam sejagat. Mari kita hayati antara kata-kata yang keluar dari mulut orang Islam yang sepatutnya berpuasa semalam.

“Jantan dua-dua ekor ini (Khalid Samad dan Khalid Ibrahim) telah menyebabkan orang-orang Melayu dan masyarakat India sudah jadi tidak harmoni. Tapi, disebabkan dua bodoh macam kau, kami (penduduk) raca tidak selesa.” Jamil Mohd Isa.

“Woi, kaulah pengkhianat…pengkhianat agama lah pukimak!” cemuhnya.

Hj Azmir

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Hj. Azmir.

“Aku tak nak dengar kau cakap. Duduk! Duduk YB bodoh! Duduk.” cemuhnya.

“Hoi Khalid (Samad), kau duduk. Kau belum kenal aku siapa? Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!”

“Bodoh punya wakil rakyat. Bodoh punya MB. Khalid (Ibrahim), kenapa kau cakap terketar-ketar. Kau gagap. Orang gagap tak boleh jadi MB (Menteri Besar)!”

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Hj. Azmir Md Zain.

MBSA 1

05 September 2009

Bagan Pinang, PAS Underdog vs UBN Juara Bertahan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua pemimpin Umno dan BN perlu menjadikan pengalaman dalam pilihan raya kecil sebelum ini sebagai iktibar untuk melakukan yang terbaik dalam pilihan raya DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan nanti.

"Kita dah ada banyak pengalaman dan pada kali ini, kerusi ini kerusi kita (BN), kerusi yang kita pertahankan, kita jadi juara bertahan dan kita akan buat segala-gala yang perlu untuk mencapai kejayaan.

"Saya berharap pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini dijadikan sebagai iktibar kepada kita, kepada pemimpin Umno dan BN tentang apa yang harus kita lakukan (untuk mencapai) yang terbaik," katanya.

Najib yang juga pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas harapan BN mempertahankan kerusi itu yang kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor, 54, semalam akibat jangkitan dalam darah.

KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN SELANGOR KE MASJID AL MUNAWWARAH DI SEKSYEN 27 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Sultan Selangor telah sudi untuk mencemarkan Duli di majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al Munawwarah pada 6 September 2009 bersamaan 17 Ramadhan 1430H.
Bersempena dengan lawatan Baginda Sultan, pihak pengurusan Masjid Al Munawwarah dengan segala hormatnya menjemput semua ahli kariah masjid dan surau yang berdekatan untuk hadir bersama bagi meraikan keberangkatan baginda.


MAJLIS BERBUKA PUASA D.Y.M.M SULTAN SELANGOR
BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA

TARIKH: 16 RAMADHAN 1430 (6 SEPTEMBER 2009) AHAD, JAM 5 PETANG

TEMPAT: MASJID AL-MUNAWWARAH, SEKSYEN 27, SHAH ALAM

UMNO ada banyak jenis rupanya

Saya terima email dari seorang sahabat.
Ada banyak jenis UMNO rupanya. Di Melaka ada UMNO cap Shah Rukh Khan. Di Perak, UMNOnya cap Lanun, dan di Permatang Pasir ada UMNO cap Duit Terbang. Di Selangor, kalau dulu UMNOnya cap Penyapu sekarang sudah tukar jadi UMNO cap Kepala Lembu.
Slogan Satu Malaysia sudah jadi Satu Kepala Lembu. Adapun UMNO Cap Kepala Lembu Bahagian Shah Alam pun mengusung lambang perjuangan bongok mereka yang sebongok kepala yang diusung itu.
Ada pula kain rentang yang menghina Islam yang menyamakan kalimah membesarkan Allah dengan minuman arak. Dikhabarkan ada sekitar 50 orang pengikut ajaran sesat Cap Kepala Lembu ini berarak dari Masjid Negeri Shah Alam ke ibupejabat pentadbiran negeri.
Adapun yang meraka bantah adalah pemindahan kuil yang asal lokasinya adalah 50 meter dari surau kepada satu lokasi baru yang berjarak 200 meter dari surau. Kononnya mereka ini benci kuil, tapi benci mereka tanpa ilmu.
Mereka tak tahu membandingkan mana yang lebih jauh jaraknya antara 50 meter dengan 200 meter. Maka atas kebodohan mereka itu, mereka disumpah jadi manusia cap Kepala Lembu.
Kalaulah keris yang menjadi lambang UMNO boleh bercakap pasti dia akan menengking marah. "Celakalah UMNO...Bagaimana mungkin keris sehebat aku dinobatkan ke atas kepala lembu, pasti akan hilang seluruh kesaktian aku." maki si Keris pada sekitar 50 pengikut orang pengikut ajaran sesat cap Kepala Lembu.
Aneh...tiada pula makhluk bertopi merah yang biasanya pantang tengok orang berkumpul dan berarak. Apa mereka juga sudah di"kepala_lembu_kan"? Nampaknya begitulah. Dua agama telah dihina oleh kumpulan cap Kepala Lembu ini. Mereka menghina agama Islam dan mereka juga menghina agama Hindu.
Sesungguhnya, mereka adalah kumpulan Penghina Agama. Kita mahu lihat apa tindakan yang pihak berkuasa mahu ambil??? dari email Jamna

Kemasukkan bukan Islam dalam PAS

Proses kajian terhadap cadangan penerimaan bukan Islam untuk menjadi ahli PAS masih belum siap sepenuhnya.
Jawatankuasa teknikal yang turut di anggotai mereka yang pakar berhubung perlembagaan PAS, masih lagi meneliti semua aspek khasnya pindaan terhadap perlembagaan parti. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, penelitian sedang dibuat secara serius menjurus kepada semua aspek dan memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan. Sehubungan itu, semua pihak katanya diminta bersabar dan tidak memberi sebarang tekanan kepada jawatankuasa tersebut.

"Secara formal biarlah kajian ini selesai dahulu dan jawatankuasa PAS Pusat akan membawa kepada majlis ulama' untuk membuat keputusan yang sebaik mungkin," katanya lagi.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan berhubung tempoh kajian yang dianggap terlalu lama.

"Tidak timbul masa yang diambil terlalu lama dalam hal ini,walaupun masih belum diterima sebagai ahli namun segala hal yang berkaitan dengan mereka ini disalurkan melalui Kelab Penyokong PAS dan kita sentiasa menerima pandangan dari kelab tersebut," ujar beliau lagi.

Gesaan supaya bukan islam diterima sebagai ahli penuh PAS mula berbangkit selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum PRU Ke-12 tahun lalu. Keputusan PRU itu juga memperlihatkan fenomena baru dalam PAS apabila parti Islam itu mendapat sokongan besar dari orang bukan Islam.

Antara lain ianya berpunca dari sikap keterbukaan parti itu, dan kejayaan Kelab Penyokong PAS KPP yang ditubuhkan. Malah pada pilihanraya itu juga, seorang ahli KPP ingin bertanding atas tiket PAS di Johor tetapi gagal, sebaliknya setelah perundingan, anggota itu dibenarkan menggunakan lambang PKR.

Gesaan demi gesaan itu akhirnya menampakkan hasil apabila kertas perlaksanaannya diluluskan parti sewaktu sesi 'retreat' pimpinan parti itu di Langkawi tahun lalu. Setakat ini ahli KPP yang terdiri dari kaum Cina dan India mencecah 20, 000 ahli di seluruh negara.

Muktamar PAS ke-54 di Shah Alam Jun lalu turut meluluskan usul untuk mengangkat KPP menjadi satu dewan yang setaraf dengan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dalam organisasi parti tersebut.

Satu jawatankuasa teknikal juga telah dibentuk, dan sedang bekerja keras melakukan persediaan bagi merialisasikan perkara tersebut.

03 September 2009

Iftar Ramadhan DMP Pusat

Program singgah Iftar Ramadhan Dewan Muslimat PAS Pusat yang diketui oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah dan YB Dr Siti Mariah Mahmud.

Program ini akan diadakan esok Jumaat 4hb September 2009 bermula jam 5.30ptg bertempat di Masjid Bukit Naga.

Antara program yang dirancang ialah menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin.

Semua di jemput hadir. Informasi : Pn Rosnah (Ketua DMPKR) 013-2535385

02 September 2009

KPP masih menunggu : Hu Pang Chaw

Pemimpin Pas diminta terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai Pas termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.

Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Hu Pang Chaw berkata, masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.

“Kami takut suara kami tidak diambil kira manakala hak lain pula dipinggirkan,” katanya kepada pemberita bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar Pas yang tidak berteraskan perkauman.

Hu berkata, kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya sudah lama ditunggu masyarakat bukan Islam yang menyokong parti itu memandangkan cadangan membuka keahlian parti sudah lama dibincangkan namun seolah-olah tidak diendahkan parti itu.

“Jika serius segerakanlah perkara ini dan ubahlah perlembagaan bagi membolehkan kami menyertai Pas," katanya.

Hu berkata kelab itu mempunyai 20,000 orang anggota di seluruh negara. - Bernama

01 September 2009

Apalah nak diharap dengan SPR?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan status quo kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kekal di tangan Barisan Nasional.

SPR mengumumkan demikian melalui kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Pengumuman seperti ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya langsung tidak menaruh sebarang harapan kerana secara teknikalnya saya melihat kaedah yang diguna pakai oleh Speaker dalam kes ini sudah pasti tidak menyebelahi kita.

Dalam kes sebegini apalah nak diharapkan dari SPR. Tengoklah carta liga PRK ni. Mana UBN berani nak masuk pertandingan seterusnya.

Telah ramai orang bercakap mengenai kesilapan ini, saya tak mau ulangi lagi kerana ada yang akan jadi emosi. Belajar lah dari kesilapan ini dan jangan ulangi lagi, walau pun berkecai impian untuk memperkukukan kedudukan PR di DUN Kedah ditambah dengan keluarnya ADUN PKR dari PR disana.

Jumpa Menteri buat apa?

Sah depa Umno, itu sebab sebelum Polis bertindak tangkap mereka cepat-cepat buat appointment nak jumpa Menteri Dalam Negeri. Hangpa mengaku penduduk Seksyen 23, penduduk Seksyen 23 tak kenal hangpa pun kut ada yang kenal tak lebih 6 orang.

Berani buat berani tanggung.

Kumpulan yang didalangi Umno PAS: Umno dalang demo kepala lembu yang menyertai demonstrasi dan perarakan kepala lembu kerana membantah pemindahan kuil Hindu ke situ - akan menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein esok bagi menyuarakan masalah yang mereka hadapi berhubung isu tersebut.

Masaalah hangpa ialah beri peluang orang lain

Pijak kepala lembu dengan harapan orang lain pijak Quran

Simpan gambar kepala lembu ni untuk PRU 13 nanti

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini