17 January 2010

Berita yang paling dibenci umno

Percayalah, ini adalah berita yang paling dibenci dan tidak disukai umno. Membaca berita ini boleh membuatkan mereka hilang pertimbangan dan ada yang hilang akal. Terlalu sukar untuk mereka mempercayainya tambahan yang memberi peruntukan itu Mr Lim Guan Eng dari Demokrat Action Parti yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat.

Meraka umno boleh pitam dan ada yang pengsan bila mengetahui selain ditambah peruntukan untuk tujuan Hal Ehwal Agama Islam dari setahun kesetahun ditambah lagi terkejutnya mereka bilamana KM Lim Guan Eng mengumumkan Perlantikan Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tahniah kepada rakyat Pulau Pinang kerana memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negeri ini dan tahniah yang terhingga juga kepada KM Lim Guan Eng kerana membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa jika inginkan Islam (PAS) Keadilan (PKR) dan Demokrasi (DAP) terus berada diatas landasannya maka pada PRU 13 akan datang maka Pakatan Rakyat mesti jadi pilihan rakyat Malaysia.

Terfikir juga dalam kepala ni siapa penasihat KM ini, siapa pun mereka sememangnya mereka ini layak dilantik  dan meneruskan tugas sebagai penasihat kepada seorang KM yang bukan beragama Islam ini. Jika ada dikalangan penasihat yang gagal melaksanakan tanggung jawabnya sebagai penasihat kepada bos nya hendak mereka sedar dan meletak jawatan. Itu lebih mulia.

Kesimpulan,

Berdasarkan berita ini ahli-ahli PAS mestilah melihat agenda ini dengan secara berjiwa besar atau berskala makro. Ia bukan sahaja sebagai agenda politik, tetapi sebagai makenisma dakwah. Ia tidak bermaksud proses indoktrinasi dan tukar agama, tetapi lebih bermaksud melaksanakan Islam yang bersifat universal dan sejagat. Sifat Islam yang dinamik dibuktikan dengan menjadikan orang-orang bukan Islam juga menerima rahmat yang dibawa oleh Islam melalui jihadiah [usaha-usaha ] PAS.

Komponen-komponen dalam PR mestilah melihat ini sebagai hak dan kebebasan rakyat Malaysia. Dari segi politik, ia adalah poses pemerkasaan Pakatan Rakyat itu sendiri secara demokratik. Kemuncak dalam pencapaian politik dari tindakan ini ialah sebuah tamadun baru bermodelkan tamadun Islam lampau yang berkomposisi warga dengan berbagai agama dan bangsa. Ia sebagai bakal ganti [in waiting] kepada tamadun yang sedang nazak sekarang ini.

Berita berkaitan,

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan negeri menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2010 berjumlah RM24.3 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM20.5 juta.

Menurut beliau, peruntukan tahun lalu pun melebihi apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) berikan iaitu hanya RM12.5 juta sahaja.“Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilihat apabila menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam iaitu meliputi peruntukan pembangunan sebanyak RM7.2 juta, peruntukan mengurus RM13.4 juta dan pelbagai RM3.7 juta, ” tegasnya pada Majlis Perlantikan Majlis Syura Kerajaan Negeri, di sini, kelmarin. Seterusnya baca disini

4 comments:

  1. Setakat yang saya tahu, tiada pulak bantahan dari mana-mana pihak, walaupun dari orang2 Cina. Tandanya itu kerja baik. Bukan kerja untuk memecah belahkan rakyat, dan huru-hara. Syabas LGE.

    ReplyDelete
  2. Syabas Kepada LGE dan Syabas Kepada PAS kerana berjaya menjalin kerjasama yang baik dan memungkinkan dakwah Islam tersebar lebih Luas. Dengan itu memungkinkan peluang yang lebih meluas untuk agama lain menerima Islam dan membuktikan juga ISlam mungkin lebih Praktik diamalkan sekaligus menjadikan ianya pilihan yang baru untuk mereka.... TETAPI... Tiadakah Udang Disebalik Batu ?...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Jangan tidur sangat dalam perut orang kafir tu.

    ReplyDelete
  4. MKA - setelah puas dan pelbagai cara digunakan oleh UBN untuk memperlekehkan DAP (seolah-olah MCA terlalu mulia). Apa yang dilakukan LGE kini memang luar dugaan termasuk UBN.

    Nurimo - Wala'aikum salam
    Insa Allah

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini