25 January 2010

Media pembohong

Kota Raja 25 Jan – Laporan media bahawa Sultan Selangor telah murka dan memanggil YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam mengadap adalah satu laporan bohong. Ini di nyatakan sendiri oleh YB Khalid Samad di dalam ceramahnya di sini malam kelmarin..

Beliau menjelaskan bahawa pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam pada 22 Januari itu di antara beliau dengan Baginda Sultan Selangor dan beberapa pegawai peribadi baginda merupakan pertemuan yang beliau sendiri telah pohon selepas di pilih sebagai ahli parlimen Shah Alam.

 Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam di mana terletaknya ibu negeri Selangor, beliau ingin mendengar sendiri bagaimana wawasan baginda Sultan tentang Bandaraya Shah Alam yang baginda impikan.
Di dalam pertemuan tersebut, selain menyatakan tentang impian baginda tentang Shah Alam, aspek lain yang di sentuh ialah tentang isu nama ALLAH dan kebertanggungjawaban  baginda di dalam memelihara Islam sebagai tanggungjawab seorang sultan.
Beliau menyatakan bahawa pertemuan tersebut telah berjalan dengan harmoni.
Menyentuh tentang isu nama ALLAH beliau merasa hairan kenapa lapuran polis di buat oleh NGO-NGO yang di dalangi oleh UMNO keatas beliau sedangkan ramai lagi yang sependapat dengan beliau seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, DS Anwar Ibrahim dan Dr Yusuf Qardawi.
Bagi beliau, jawapannya kerana UMNO sedaya upaya hendak mengambil Shah Alam semula kerana UMNO percaya jika dapat merampas Shah Alam dari PR mereka mudah untuk merampas Selangor.
Beliau menyeru ahli dan penyokong PR supaya jangan terpedaya dengan isu-isu yang di mainkan dalam soal nama ALLAH. Pihak-pihak tertentu cuba melaga-lagakan di antara komponen PR dengan membuat demonstrasi. Apabila tidak berjaya, gereja pula di bakar dan akhirnya UMNO terpaksa membuat kenyataan bahawa UMNO tidak terlibat.
Walau bagaimanapun isu nama ALLAH menjadikan UMNO di  lihat sebagai parti yang bersalah seperti yang telah di sebut oleh Ketua Pemuda UMNO sendiri bahawa UMNO telah hilang “middle ground” kerana sekarang ini rakyat memandang UMNO sebagai parti yang ekstreme manakala PAS adalah parti yang moderate. _Izha

1 comment:

  1. Ahli Parlimen paling kontroversi masa kini dari Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, rakannya dari Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin boleh terus menyalak bukit tanpa perlu beliau menghiraukannya.

    Malah Khalid berkata, Zulkifli yang menuduhnya (Khalid) mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam sebagai seorang yang tidak berfikiran terbuka.

    Beliau berkata, tindakan Zulkifli itu juga mencerminkan sikap semulajadinya sebagai seorang yang suka bertindak tanpa usul periksa.

    "Perumpamaannya mudah sahaja, walaupun ada anjing yang menyalak tapi kita akan tetap terus berjalan dan tak perlu menghiraukannya.

    "Begitu juga dengan hal ini, saya tak perlu nak buat apa-apa terhadapnya, saya akan terus dengan cara saya dan mempertahankan tindakan saya," katanya.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Zulkifli yang membuat laporan polis terhadapnya kerana didakwa secara berterusan mengeluarkan kenyataan menghina Islam.

    Laporan polis berkenaan merujuk kepada kenyataan Khalid dalam satu artikel disiarkan portal berita Malaysiakini bertajuk ‘Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan.’

    Menerusi artikel itu, Khalid dipetik sebagai berkata bahawa enakmen agama Islam yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

    Kenyataan Khalid itu merujuk kepada Enakmen Ugama Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

    Berikutan itu, Zulkifli menggesa polis supaya menjalankan siasatan terhadap Khalid mengikut Akta Hasutan 1948 atau Seksyen 298 Kanun Acara Jenayah.

    Bagaimanapun Khalid berkata, beliau tidak berkecil hati malah tidak mengendahkan tindakan Zulkifli itu.

    "Bila masa pula saya perlekeh dan hina Islam? Bila saya cakap macam itu?

    "Dia (Zulkifli) tak tahu isu sebenar tapi nak buat tindakan melulu dengan tuduh saya macam-macam," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

    Malah Khalid sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa undang-undang pentadbiran keagamaan bukan merupakan hukum yang bersifat 'qatii' atau mutlak yang tidak boleh diubah.

    Selain itu, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, sebelum ini beliau telah mengusulkan kepada kepimpinan PAS Pusat agar parti itu mengemukakan satu usul kepada Sultan Selangor supaya satu kajian semula dibuat terhadap undang-undang agama Islam di negeri itu.

    Malah menurutnya, PAS juga mungkin akan mencadangkan supaya usul berkenaan diajukan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat.

    "Baru-baru ini saya mengadap Sultan Selangor dan kami berbincang mengenai perkara ini.

    "Baginda begitu mengambil berat mengenai isu ini dan Baginda juga menitahkan saya supaya mengemukan satu cadangan secara bertulis agar satu perbincangan khusus dan profesional dapat dibuat.

    "Baginda begitu rasional dan sangat terbuka untuk mengkaji semua enakmen berkenaan agar menepati keadaan semasa," katanya.

    Dalam pada itu Khalid berkata, Zulkifli sepatutnya berasa malu dengan Sultan Selangor yang melihat isu berkenaan secara lebih terbuka.

    "YB (Yang Berhormat) Zulkifli kena malu dengan Tuanku. Baginda sangat prihatin malah sedia untuk mendengar pandangan," katanya.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini