30 May 2010

Cerita menarik Film Tamil hari ini

Hari ini Mugilan mendakwa seorang pemimpin GAS kena culik, yang dimaksudkan beliau tak lain tak bukan penculik itu ialah Samu Vellu and the gang.

Dah macam filem Tamil pulak bila beliau mendakwa RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan GAS. Kononnya bas-bas yang membawa penyokong GAS dari Pulau Pinang, Pahang dan tempat-tempat lain telah dihalang dan dilencongkan ketempat lain.

Ini kes kedua selepas kerajaan BN mengalihkan bas-bas yang membawa Orang Asli (kini dikenali sebagai Orang Asal) yang datang berdemontrasi ke Putrajaya tempuh hari. Mereka ditempatkan dalam dewan dan diberi makan dan diberi entah apa lagi. Masa tu Shafie Afdal kata merekata datang untuk melancung bukan untuk demontrasi. Mengamuk Orang Asal tu bila Menteri memperbodohkan mereka.

Lagi pelik bila Mugilan berharap kerajaan akan menimbang memberi jawatan kanan kepada Samy Vellu sekiranya presiden MIC itu melepaskan jawatannya.

Jawatan apa pulak dia mintak tu? Macam-macam lah dia ni ... Adoi... siapa pengarah film ni hah?

Nak tau berita lanjut bacalah dalam portal malaysiakini @ portal berita yang lain atau cari film tamil yang seangkatan dengan nya.

Petugas Pilihanraya Umno di tipu pemimpin mereka

HULU YAM – Beberapa belia yang ditugaskan melakukan kerja-kerja pembersihan dan penurunan poster, kain rentang dan bendera Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor lalu menuntut supaya bayaran dijanjikan dijelaskan segera.

Mereka mendakwa dijanjikan bayaran tertentu sebagai upah melakukan kerja tersebut sehari selepas BN diumumkan memenangi kerusi Parlimen ini.

Salah seorang petugas terbabit, Mohd Arif Mokhtar, 34, berkata, dia dan beberapa rakan lain sepatutnya dibayar sebaik kerja yang diarahkan telah dilaksanakan.

Tetapi katanya, setelah lebih sebulan dijanjikan, bayaran yang hanya berjumlah RM2,500 itu masih belum dijelaskan.

“Kami diminta melakukan kerja-kerja tersebut oleh seorang yang bergelar Datuk yang juga bekas wakil rakyat BN di sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

“Saya sendiri telah bercakap dengannya menerusi telefon dan beliau mengarahkan kerja-kerja itu dilakukan segera bagi mengelak didenda.

“Tetapi, setelah semuanya selesai, bayaran yang dijanjikan tidak dijelaskan sehingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Arif berkata, jumlah RM2,500 itu ditetap berdasarkan kos pengangkutan yang disewa selama tiga hari untuk melakukan kerja-kerja tersebut selain bayaran pekerja.

Menurutnya, kerja-kerja itu dilakukan di sekitar Hulu Yam meliputi tujuh buah kampung dan lima taman perumahan termasuk di jalan-jalan utama.

Sementara itu, menurut seorang lagi pekerja, Mohd Faiz Rosli, 28, berkata, dia agak terkilan dengan sikap yang ditunjukkan pemimpin terbabit sehingga sanggup menipu.

Menurutnya, sebagai belia, dia kecewa kerana semangat mereka berkempen sebelum ini termasuk melaksanakan tugas yang diberikan dibayar dengan perbuatan sedemikian.

“Pada awalnya, kami tak rasa akan ditipu kerana dijanjikan oleh seorang yang berpengaruh dan kerap mendesak supaya kerja-kerja penurunan poster dan bendera itu dilakukan segera.

“Tetapi, malangnya pemimpin itu menipu dengan alasan yang pelbagai,” katanya.

Mohd Faiz berkata, kesanggupannya untuk melaksanakan kerja-kerja itu didorong rasa semangat atas kemenangan calon BN, P Kamalanathan yang menang di PRK lalu.

Tetapi, sebagai belia kampung berkenaan dia kecewa kerana ditipu oleh pemimpin berkenaan.

Shafri Rashid, 49, pula berkata, sekiranya bayaran itu tidak dijelaskan, tindakan laporan polis akan dibuat.

Selain itu, dia juga akan membawa perkara itu ke pengetahuan pemimpin atasan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

29 May 2010

Belalah Samy Vellu

1. Benar kah Samy Vellu manjadi liabiliti kepada Najib dan Barisan Nasional?

2. Benarkah tuduhan S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu bahawa UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecah belahkan parti MIC? Hulu Selangor menjadi saksi bagaimana Samy Vellu dikambing hitamkan oleh Najib & Umno

3. Apakah Samy Vellu dianggap manusia paling degil dalam dunia hanya dengan keengganan berundur dari jawatan yang disandangnya sekarang? Pada hal beliau memenanginya dengan cara terhormat dalam pemilihan parti.

4. Umno memang jenis tidak mengenang jasa, umpama habis madu sepah dibuang.

5. Pesan saya pada Samy Vellu, anda telah dimalukan oleh pemimpin hingusan dimana anda telah berada dijawatan sekarang lebih 20 tahun, memecahkan rekod Tun Mahathir, itu yang buat mereka dengki. Anda patut terus berada disana untuk selama-lamanya kerana ianya baik untuk kita bekerjasama secara tidak resmi.

6. Bagi orang luar dari keluarga besar yang bermasaalah dalam Barisan Nasional. Belalah Samy Vellu, bukan ikut telunjuk dan tarian Umno dan bersama-sama mereka untuk mengingkirkan nya.

7. Lebih lama Samy disana lebih baik untuk kita.

8. Berkaitan berita Saya sudah umum lepas jawatan... apa lagi mahu?

Bantahan Judi Bola di Kota Raja

Alhamdulillah selepas Solat jumaat bertempat berhampiran Masjid Datok Dagang Kampung Jawa, Jalan Kota Raja, Jemaah Masjid bersama-sama PAS Kawasan Kota Raja serta Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja  telah berjaya menganjurkan Demo bagi membantah serta memprotes tindakan Dato sri Najib dan Kerajaan Barisan Nasional yang meluluskan judi bolasepak Piala Dunia 2010.

Tindakan tidak bermaruah oleh kerajaan Barisan Nasional ini sepatutnya WAJIB tidak di Redhoi oleh orang Islam tidak kira Umno, PKR atau PAS.

Malangnya sikap ahli Umno yang diam menunjukkan seolah-olah mereka rela bersekongkol dengan pimpinan mereka yang menghalalkan Judi ini.

Apa pun tahniah kepada lebih 30 orang yang sanggup berdemo semalam.

28 May 2010

380,000 keluar Umno kerana sudah bosan

Najib kata UMNO telah melakukan proses pemutihan dengan mengeluarkan kira-kira 380,000 nama daripada daftar keahliannya. Baca sini

Dengan itu balance yang tinggal jadi ahli Umno ialah seramai 3,159,454 orang. Dari jumlah tersebut hanya separauh yang benar-benar menyokong perjuangan Umno, manakala yang lain umpama lalang yang menunggu tiupan angin.

Pelik juga perkiraan Umno, kalau setakat ini saja ahli Umno yang menderhaka tak sampai jatuh 5 negeri kepada Pakatan Rakyat. Sepatutnya Umno patut buang lebih dari angka itu.

Kemana perginya 380,000 tersebut? Mereka sebenar keluar Umno kerana mereka sudah tiada keyakinan lagi kepada perjuangan Umno yang sudah jauh melencong dari perjuangan asal parti tersebut. Kemana mereka pergi.... mereka kini menjadi ahli PAS/PKR atau tidak berparti tetapi membenci Umno dan menyokong Pakatan Rakyat.

Pada mereka dan ramai lagi ahli Umno "masa depan Umno semakin parah" Ini kerana :-

Bila UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. UMNO menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadap nya, menyeluruh. Kenapa?

Kerana yang di tawarkan oleh UMNO bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri.

UMNO tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. UMNO berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepada nya.

Tapi hari ini keadaan nya lain. Rakyat tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan UMNO berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, UMNO sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangan nya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. UMNO rupa rupa di sedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12.

Rakyat mahu sokong parti tidak lagi kerana nilai dan matlamat perjuangan. Rakyat akan sokong jika mana mana parti boleh menawarkan imbuhan dan faedah segera. Pembangunan yang sepatutnya di jadikan unsur dalam rangka tanggung jawab sebagai kerajaan, menjadi bahan berjual beli. Ertinya, lama kelamaan, parti politik menjadi sebuah syarikat direct selling. Implikasi keatas masa depan dalam konteks mutu kepimpinan yang akan muncul, kaedah perjuangan dan matlamat perjuangan akan berubah.

Sedangkan, perubahan itu bukan sesuatu yang di takuti oleh UMNO. Yang kita takut ialah UMNO atau khususnya pimpinan UMNO tidak tahu bagaimana berdepan dengan masa depan tersebut. Di Hulu Selangor, pimpinan UMNO hanya tahu satu cara- iaitu dengan membayar laluan nya dengan wang ringgit untuk mencapai matlamat.

Bolehkah dengan cara ini, kita mengekalkan kelansungan hayat UMNO? UMNO sudah lupa bahawa pemacu perubahan, pengembeling sokongan ialah idealism perjuangan UMNO yang di jurubicarakan dan di juarai oleh pimpinan yang bermutu, dan bukan kemampuan membayar yang tidak memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi. Pemimpin Mat Rempit pun boleh bayar tapi bolehkan pemimpin Mat Rempit menghidupkan inspirasi dalam dada orang Melayu?

Proses pemutihan adalah satu alasan, sebenarnya Umno sudah tidak boleh tahan bila 380,000 ini mengajak saban hari rakan-rakan mereka dalam Umno supaya belot kepada parti.

Mereka keluar Umno kerana sudah bosan dengan kerenah Umno & kepimpinannya.

Candit Kogres Wanita & AMK PKR

Muktamar Tahunan PAS ke-56

Sehingga kini lebih 50 peratus persiapan bahagian dalam dan luar Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) selesai menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat yang akan berlangsung dari 9 hingga 13 Jun ini.

Muktamar Tahunan PAS ke-56 tahun ini kembali diadakan di Putik selepas diadakan di Shah Alam tahun lepas dan di Ipoh tahun sebelumnya. Pengarah Muktamar, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, Kelantan telah bersiap sedia menerima tetamu, perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara yang akan berkampung di Kelantan selama lima hari.
 
"Bagaimanapun muktamar tahun ini ada sedikit perubahan apabila majlis perasmian muktamar Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda diadakan serentak pada 9 Jun kira-kira jam 9 malam bertempat di Putik,
 
"Manakala keesokkan harinya ketiga-tiga dewan akan melangsungkan muktamar di tiga tempat berasingan iaitu Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama PAS Kelantan (Madu) Machang, Dewan Pemuda di Kelantan Trade Centre (KTC) dan Dewan Muslimat di Dewan Duyung, Perdana Resort," kataanya semasa ditemui ketika meninjau persiapan muktamar di Putik, Selasa lalu.
 
Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, pada pagi 11 Jun perasmian muktamar akan diadakan di Dewan Putik disempurnakan Prseiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
 
Manakala pada sebelah petang hari yang sama, muktamar penuh akan diadakan. Muktamar dijadualkan berakhir tengahari 13 Jun.

Ops Bersih dalam AMK

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin hari ini menyatakan ikrar untuk membersihkan parti itu daripada "para pengkhianat."

Tanpa menamakan "pengkhianat" tersebut, Shamsul Iskandar juga menyifatkan golongan tersebut sebagai "pelacur politik."

"Kita akan terajang pelacur-pelacur politik ini," katanya ketika berucap di pembukaan kongres sayap pemuda parti itu Kota Bharu malam ini.

Beliau dalam pada itu juga menyeru para perwakilan supaya meneliti perbahasan yang akan berlangsung.

Ini kerana, beliau akan membuat satu pendedahan penting berhubung kegiatan seorang lulusan universiti antarabangsa.

Katanya lagi, individu tersebut juga mempunyai hubungan rapat dengan seorang kenamaan.

Dalam sidang media selepas itu, Shamsul berkata individu lelaki tersebut, pernah dilaporkan akhbar New York Times sebelum ini.

Ditanya lagi siapakah individu yang dimaksudkan itu, beliau berkata perkara itu hanya akan didedahkannya esok.

Jelasnya, beliau membuat pendedahan itu bagi menunjukkan bahawa golongan bijak pandai juga tidak terkecuali daripada melakukan kegiatan seperti menipu.

Tambahnya, pendedahan itu juga bagi menjelaskan pendirian parti itu dalam meletakkan calon dalam pilihan raya selepas ini.

"Kadang-kadang kepandaian tidak jamin (seseorang itu) jadi pemimpin yang baik (apabila) ia digunakan untuk menipu," katanya

26 May 2010

Untukmu IBU

Meriah dan menepati sasaran penganjur yang mahukan Sambutan Hari Ibu di Taman Setia berjaya menghimpun begitu ramai para ibu untuk diraikan pada malam ini.

Tidak cukup dengan itu seramai 3 YB hadir meraikannya iaitu YB Dr Rodziah, Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Siti Mariah dan YB Shuhaimi Shafie.
 Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Kota Raja En Jaafar Samsuddin, Pegawai Khas YB Dr Siti Mariah Sdr Azmi Jusoh, Pegawai Khas YB Dr Xavier Jayakumar Sdr Syed Putra, Sdr Azmizam, Sdr Norhalim dan lain-lain.
 Pada majlis tersebut para ibu turut diraikan dalam upacara memotong pulut kuning.

Pelbagai persembahan menarik disampaikan oleh penduduk Taman Setia disamping YB Shuhaimi mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk IBU.

Cabaran untuk Senator sesumpah


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mencabar bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd Noor untuk bertanding di kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Khalid pada sidang medianya hari ini mengambil kesempatan untuk mencabar Ezam, yang baru-baru ini dilantik sebagai senator Dewan Negara.

Cabaran ini disuarakan wakil PAS itu dalam keadaan Pakatan Rakyat yang pada ketika ini lebih terkedepan dalam mengeksploitasi isu semasa -- khususnya isu pemberian lesen judi sukan.

"Saya juga ucapkan tahniah kepada beliau (atas perlantikan senator).

"Mungkin ini imbuhan atas khidmat dia, yang ditawarkan oleh Umno dan BN.

"(Namun) sebagai seorang yang menganggap dirinya sebagai pejuang, semestinya tidak berpuas hati memasuki Dewan Negara melalui pintu belakang," kata Khalid dengan sinis.

Ezam pernah bertanding melawan calon Umno di kerusi Shah Alam pada 1999 semasa masih bersama PKR tetapi tewas.

Menurut Khalid, Ezam yang dulunya seorang penyokong kuat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tunduk kepada tekanan Umno.

"Sekarang dia bawa hujah kata Anwar memang seorang yang lakukan perkara terkutuk itu," katanya dengan merujuk kepada dakwaan liwat yang dihadapi Anwar.

Khalid juga berkata, pusingan 180 darjah yang dilakukan Ezam juga menunjukkan kuasa tekanan Umno terhadap bekas pemimpin PKR itu.

Maka, Ezam perlu membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan rakyat, kata Khalid lagi.

"Sejauh mana pendirian rakyat terhadap beliau perlu dibuktikan," katanya dalam satu sidang media hari ini

"Sejauh mana penerimaan rakyat terhadap sikap dan pendirian beliau perlu dibuktikan dan saya sedar bahawa Umno Shah Alam ketandusan kepimpinan.

"Saya yakin dia akan beri tentangan yang lebih daripada pemimpin Umno sedia ada," tambahnya.

25 May 2010

A new wing is born

Dr Mujahid Yusuf Rawa   
PAS as an Islamic party rejects any narrow interpretation of race, and consequently any racial form of political struggle. It is a fact that throughout its history, PAS has never been known as a racist party.

This fact in itself speaks volumes of the party’s universalism in both its philosophy and struggle.

Banking upon this strength, PAS has made an initiative to live by its philosophy by introducing the CCC (Chinese Consultative Council) in the early eighties, in order to break through the wall that separates PAS from non-Muslim communities in this country.

As a result of the initiative, the Chinese community has become more informed of PAS’s struggle compared to the early days. PAS has achieved a breakthrough during this period by holding gatherings and ceramahs at Chinese temples and halls.

These outreach programmes were slowly attracting the Malaysian Chinese population, but were not strong enough to break the walls. In the late nineties, an Inter-Racial Department was formed by the party but did not make much inroads.

It was on the eve of the 2004 general election that a new effort had been underway to reach out to non-Muslims, with the setting up of the PAS Supporters Club (Kelab Penyokong PAS) announced by then acting president, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. A year later, the Club became part of the party’s apparatus.

The National Unity Bureau undertook the task of expanding and enhancing the Club’s concept which later on turned to be a milestone towards making PAS acceptable by the non-Muslims electorate.
Today, after five years of focus and continuous expansion of the Club, the Party leadership has conferred formal recognition of the Club’s contribution by agreeing to the birth of a new wing within the party to move forward in its multiracial approach.

By virtue of Article 26 (9) (g) and (h) of the party’s Constitution, the Dewan Himpunan Penyokong PAS was launched on May 23, 2010.

The prelude

On the eve of the 2004 general election, the PAS Supporters Club was set up to attract the support from non-Muslims especially the Chinese. At its infant stage, the Club had a difficult time in reaching out to its target group. This, however, did not deter the strong will of the Club’s proponents to continue with its main objectives.

The 2004 election results did not help the Club much in reaching out to the Chinese. Soon after, it started to focus on dialogues and intellectual discourses on PAS’s objectives and political goals.

Within a year, the Club became a well known among the non-Malays as an inseparable entity in PAS.

Between 2006 and 2008, its activities gained momentum and moved forward without turning back its efforts to establish a footing among the multiracial electorate of Malaysia.

By early 2007, the Club reached out to the Indian community in what was a historic event held at the then PAS headquarters in Taman Melewar.

The chairman, in his speech, put it aptly: “Today the Indian community has erected a strong and lasting bridge to the moon..”

In the mid 2007, it made its way to the remote areas of Sarawak where for the first time the Iban ethnic group was exposed to PAS’s political ideology.

The second trip to Sarawak bore fruits when ten Long Houses agreed to set up a PAS Supporters Club for the Ibans. A group of independent medical doctors provided the residents of these longhouses free medical checkup and consultation.

The Siamese community were also not deprived of PAS’s message with the formation of the Club to reach out the Siamese community in Kelantan, and later in Kedah.

On the eve of the 2008 general election, the Club was already a known player and acted as conduit to reach voters especially during campaigning.

‘PAS for All’

The National Unity Bureau was instrumental in the Club’s activities and operation. It held a contest to come up with a logo that could symbolize the concept of “PAS for All”.

The winning logo, currently in use, bearing the image of a globe, the Malaysian and PAS flags, indicates the responsibility of national interest, and shows the written words “PAS for All” in Malay, Chinese, Tamil and English as a mark of solidarity among the major races in this country.

On September 11, 2007, the logo and motto were officially launched by Tuan Guru Nik Abdul Aziz at the PAS headquarters in Kuala Lumpur.

Today “PAS for All” has become synonym to PAS and during the 2008 Muktamar held in Ipoh, “Pas for All” underlined the theme for the presidential address.

Conventions

The PAS Supporters Club has held three conventions. The first, in February 2008, was held in Penang in conjunction with Chinese New Year with the theme “We Support the Welfare State”, followed by another in May 2009 in Klang, Selangor, themed “Stay United and Brave the Challenges”.

One main focus in 2008 was to restructure the Club by updating its membership data and organize its information campaign in the various states.

By 2009, the issue of expanding the Club’s concept to become an integral part of the PAS structure, and for it to gain recognition, was already the talk of the top leadership in PAS.

The process of absorption

Efforts were underway to make the Club as a recognized body in the party, beyond its present status as merely an initiative under the party’s National Unity Bureau.

With a membership of about 20,000, PAS needed another approach to accept the large presence of non-Muslim within its folds.

The Bureau prepared a paper entitled “Non-Muslim Membership in the PAS Organization” during the leadership retreat held in Langkawi in December 2008. The paper gave several options pertaining to the status of non-Muslims in the Islamic Party. Its suggestions were unanimously accepted, with the party leadership agreeing to a thorough technical analysis to be tabled.

A technical committee headed by Ustaz Hassan Shukri (right) considered an expert of the party’s Constitution, then prepared a draft of the rules and regulations for this proposed new entity.

During the first reading of the draft in Alor Setar in June 2009, several suggestions were accepted. The second reading in late 2009 saw few more clauses added and amendments made.

The final reading on January 10, 2010 was concise; the party’s powerful Central Committee decided unanimously the Draft of Rules and Regulation to be accepted, paving the way for the official launching of new wing before the 56th Muktamar in June 2010.

Thus was born “Dewan Himpunan Penyokong PAS” (DHPP), or the PAS Supporters Congress on May 23, 2010.

The way forward

The Murshidul Am of PAS Tuan Guru Nik Aziz (right), the president, Tuan Guru Abdul Hadi Awang and the rest of the leadership have high expectation of the new wing.

The multiracial politics of today must be dealt with wisdom. It is hoped that DHPP being a new frontier of the party can help realize the task of effecting change in the country’s political culture.

DHPP must become a good example of how the various communities in the country can be united under the banner of PAS.

Although it is a ‘newborn’ in PAS, we are confident of the role it could play in bridging unity and ultimately prove to the world that PAS is ready to lead and make the change that Malaysians dream of.

As PAS’s anthem goes:
 
“With peace PAS shall strive,
Guiding the people in the field of politics,
With the Qur'an and the Sunnah by its side,
It shall flourish…”

* The writer is Chairman of the National Unity Bureau of PAS.

Fokus Persiapan Menghadapi PRU 13

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menjangkakan perbahasan pada Muktamar PAS Tahunan ke-56 yang bermula pada 11 Jun depan ditumpukan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Menurut beliau, tumpuan sedemikian dilihat wajar kerana kira-kira 1,000 perwakilan daripada 172 kawasan umumnya percaya bahawa PRU 13 akan diadakan pada 2011.

"Perbahasan mungkin sudah ke arah persiapan PAS, Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU 13 berkaitan bagaimana menghadapi musuh utama Umno serta media-media arus perdana yang ketara dikawal oleh mereka.

"Kita mungkin takkan menghadapi muktamar satu lagi sebelum PRU 13, muktamar inilah mungkin baik untuk kita buat apa juga persiapan," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar berkata, perwakilan umumnya mungkin tidak dapat lari daripada berbahas tentang pengalaman kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor serta berjaya di Sibu.

Ini kerana, katanya kedua-dua pilihan raya tersebut kebetulan hampir dengan muktamar kali ini.

Ujarnya lagi, walaupun bukan calon PAS yang bertanding dalam kedua-dua pilihan raya tersebut, namun trend pengundian dalam kedua-dua pilihan raya itu mencerminkan sokongan sebenar rakyat, khususnya masyarakat Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

Implisitnya, beliau berkata, penyusutan sokongan masyarakat Melayu sekaligus memberi gambaran tidak langsung kepada PAS kerana PAS secara tradisi bertanding di kawasan-kawasan jalur Melayu majoriti.

Sehubungan itu, beliau secara peribadi menyuarakan rasa yakin bahawa muktamar merupakan wadah terbaik untuk mencari formula demi memastikan kaum Melayu bersedia memberi undi kepada PAS.

Untuk itu, menurut beliau, Ustaz Abdul Rahim Abdul Rahman, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat dijangka akan membentangkan formula PAS untuk memenangi jiwa rakyat, khususnya kaum Melayu.

Sekiranya muktamar kali ini dijadikan medan terbaik untuk mencanai formula memperkukuh parti, beliau percaya bahawa PAS boleh menjadi tiang seri utama Pakatan Rakyat seterusnya menggantikan Umno BN pada PRU 13 kelak.

Pembunuhan Politik "Political Assassin" oleh Umno

KUALA LUMPUR 24 Mei - S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya.

''Adalah sesuatu yang berbahaya jika 'orang luar' terlibat (dalam urusan parti komponen). Lupakan dahulu bahawa bapa saya adalah Presiden MIC dan lihat isu ini dari perspektif demokrasi. Beliau dipilih oleh ketua-ketua bahagian.

''Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan 'pembunuh politik' untuk menjatuhkan beliau?

''Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today di sini hari ini.

Pada minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.

Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.

Vell Paari turut mempersoalkan adakah benar tindakan masyarakat Cina dan India tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu disebabkan kepimpinan MIC dan MCA.

''Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara itu,'' katanya.

Dengan menggunakan metafora BN sebagai sebuah bas, Vell Paari berkata, parti-parti komponen hanya penumpang dalam bas yang dipandu oleh UMNO itu.

''Parti-parti komponen hanya penumpang. Bas itu dipandu oleh UMNO,'' katanya yang membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menjadi punca masalah berkenaan.

Beliau turut mendakwa antara sebab utama BN kehilangan undi kaum India pada pilihan raya umum lepas adalah berikutan tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf.

Menurutnya, semua perkara itu bukan dilakukan oleh bapanya, namun Presiden MIC tersebut dipersalahkan atas kehilangan sokongan kaum India untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

Beliau menyeru semua ahli MIC dan masyarakat India supaya 'membuka mata' mereka terhadap perkara berkenaan kerana jika dibiarkan pada masa hadapan pemimpin parti-parti komponen akan menjadi 'kad menu' UMNO yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, Timbalan Presiden, G. Palanivel akan mengambil alih jawatan presiden daripada Samy Vellu apabila bapanya meletak jawatan nanti... sumber, Utusan Malaysia Online

Memohon Limpah Perkenan

MP PAS minta Kerajaan tarik balik Judi Bolasepak (1) – Sidang media selepas MP PAS Serah memorandum kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu mengenai Judi Bolasepak pada 24 Mei 2010.

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
 
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan penuh takzimnya patik sekalian merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MEMOHON PERKENAN KEBAWAH DULI TUANKU RAJA-RAJA MELAYU UNTUK MEMBATALKAN LESEN PERJUDIAN SUKAN BOLA SEPAK (SPORT BETTING) PIALA DUNIA 2010

Patik sekalian mewakili semua 23 Ahli Parlimen Parti Islam SeMalaysia dari Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa’ sembah mengenai isu perlesenan judi bola sepak Piala dunia oleh kerajaan Malaysia kepada Kumpulan Berjaya.

Ampun Tuanku,

Pemberian lesen perjudian sukan bola sepak (sport betting) Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah sangat memalukan. Perkara yang menggemparkan seluruh rakyat, khususnya umat Islam kini telah menjadi satu krisis besar yang telah pun menyaksikan pelbagai pihak daripada kalangan ulama’, badan politik dan badan-badan bukan kerajaan serta seluruh rakyat awam, membuat pelbagai bantahan dan demonstrasi di negara ini.

Pemberian lesen perjudian ini, seolah-olah menunjukkan semua perjudian berlesen yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN sebelum ini seperti Agensi Nombor Ramalan (NFA) sebanyak 6 syarikat dengan 3 kali cabutan dan satu cabutan khas seminggu tidak cukup untuk meningkatkan sumber pendapatan negara. Sangat memalukan apabila kerajaan bergantung penambahan pendapatan negara melalui kegiatan dari sumber hasil perjudian. Pemberian lesen perjudian sukan bola sepak (sport betting) ini akan terus mencabar kesucian Islam, sebagaimana diperuntukan oleh Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga kedudukan semua agama serta maruah Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam.

Semua agama melarang akan amalan judi kerana impak buruk dan kemudaratannya, tambahan kalau ia dilesenkan dan diurusniagakan sebagai satu perniagaan yang serentak mendapat perlindungan undang-undang.

Patik sekelian Ahli Parlimen dari PAS, merasakan lebih berat lagi untuk segera mengadapkan isu ini Kebawah Duli Tuanku, tatkala hujjah yang diberikan oleh kerajaan BN dalam meluluskan lesen judi sukan ini dengan menggunakan rasional kegagalan menghalang kegiatan sindiket judi sukan tanpa lesen, lalu dijadikan sebab untuk di’halalkan’ dan dilesenkan adalah cara berfikir dan hujjah paling bahaya dan mengaibkan intelek rakyat yang berpelajaran.

Tidak dapat dibayangkan rakyat umum hari ini, apakah lagi yang bakal dihalalkan ketika kerajaan gagal menghentikan perkara yang haram dan terlarang dek agama Islam. Lebih mengejutkan lagi ketika hujjah yang diberikan adalah supaya semua pendapatan hasil judi tanpa lesen ini akan dapat kepada kerajaan, yang melibatkan urusniaga berjumlah tak kurang dari RM850 juta sehari ini mengikut laporan Mayban Securities sedikit waktu dahulu dan berlipat-ganda dua kali ketika musim Piala Dunia nanti.

Namun amat meleset penghujjahan ini, ketika rakyat mengetahui bahawa yang diberikan lesen hanyalah kepada satu syarikat yakni Kumpulan Berjaya, maka amat munasabah untuk meramalkan bahawa semua yang beroperasi secara sindiket akan terus menjalankan kegiatan judi mereka dan ini telah pun disahkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman yang memperakui akan kewujudan sindiket perjudian sukan bola sepak Piala Dunia 2010 yang telah pun memulakan operasi awalnya pada masa ini dan tenyata dakwaan kerajaan sebelum ini adalah meleset.

Ampun Tuanku

Yang paling ditakuti Patik-patik Ahli Parlimen PAS dari Pakatan Rakyat ini adalah kesan buruk dan impak sosial yang bakal terus melanda rakyat bukan sahaja ketika musim Piala Dunia, bahkan semua pertandingan bola sepak dan sukan berprestij. Ini juga akan mengakibatkan rasuah di kalangan pemain bola sepak dan sukan yang lain sekaligus menjatuhkan mutu dan integriti sukan negara.

Pada sifat perjudian ini, yang tegasnya akan membawa pelbagai kesan buruk kepada umat manusia seperti termaktub dalam ayat-ayat Surah Al-Baqarah:219 yang bermaksud,

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”dan Al-Maidah:90 yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi (berkorban untuk) berhala, dan tenung nasib dengan anak panah, adalah perbuatan (keji) dan termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.”dan ini akan menjadikan kebejatan sosial lebih teruk lagi kepada rakyat Tuanku.

Rakyat akan terus miskin kerana berjudi untuk menjadi jutawan segera, sementara yang kaya adalah kroni pemilik lesen judi dan suku sakat elit politik yang mengharapkan pendapatan ‘haram’ yang tidak berkat itu. Kesan berantai seperti kebrentakkan rumah-tangga, gejala meminjam kepada along, peningkatan kadar jenayah akibat hilang pendapatan seperti ragut, curi dan rompak akan menjadi lebih parah lagi.

Ampun Tuanku

Atas sifat, kedudukan serta kapasiti Tuanku selaku kuasa yang menaungi kesucian Agama Islam dan semua penganut agama lain di negara ini, samada di peringkat Pusat mahupun negeri, maka Patik-Patik Ahli Parlimen PAS, merafaq sembah Ke Bawah Duli Tuanku agar segera bertindak dalam lunas-lunas peruntukan Perlembagaan Persekutuan agar menitahkan Memanda Perdana Menteri segera membatalkan kelulusan lesen sukan Bola Sepak (Sport Betting) demi kepntingan agama, rakyat dan negara.

Besar harapan kami agar Tuanku menggesa semua ulama dan institusi islam serta pemimpin-[peminpin agama lain untuk mendidik rakyat agar membenci judi dan terus mentaati agama dan hidup dengan bermaruah dalam memastikan sumber pendapatan halal, tayyib dan berkat. Pegangan agama yang kukuh dan menghayati Islam serta nilai-nilai agama pastinya akan menjauhkan umat serta rakyat dan negara dari kancah kebinasaan judi dan keruntuhan moral.

Ampun Tuanku

Maka adalah dengan hortmat takzimnya patik sekalian akhiri warkah memorandum yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas berkenan memberi perkenan kepada permohonan patik sekalian.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,
 
Patik sekalian dengan segala hormat takzimnya;

Dato’ Mahfuz bin Omar,
Ahli Parlimen Pokok Sena
Bagi pihak Ahli Parlimen PAS dari Pakatan Rakyat
Ahli Parlimen PAS
YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang
YB Nasharudin Mat Isa
YB Salahuddin Ayub
YB Dato’ Mahfuz Omar
YB Dr. Mohd Hatta Md Ramli
YB Che Uda Che Nik
YB Dato’ Ab Halim Ab Rahman
YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman
YB Dato’ Kamarudin Jaffar
YB Dato’ Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin
YB Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
YB Dr. Che Rosli Che Mat
YB Dr. Dzulkefly Ahmad
YB Dr. Lo’Lo’ Mohd Ghazali
YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa
YB Dr. Siti Mariah Mahmud
YB Ir. Khalid Abdul Samad
YB Mohd Abdul Wahid Endut
YB Mohd Firdaus Ja’afar
YB Mohd Nasir Zakaria
YB Muhammad Husain
YB Siti Zailah Mohd Yusoff
YB Taib Azamudden Md Taib

24 May 2010

Umno mula DENGKI

Ustaz Zolkharnain Abidin   
Apabila PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), berbunyi suara sumbang kononnya PAS tidak mempercayai DAP dan PKR untuk mengawal orang bukan Islam yang menyokong PR. Niat suara sumbang itu ialah untuk memecahbelahkan PR. Agendanya ialah, biar PAS, DAP dan PKR ‘bertokak’ kerana isu bukan Islam ini.

Orang bukan Islam bebas untuk memilih sama ada PKR, DAP atau PAS. Amalan demokrasi membenarkan dan memberikan hak kepada mereka untuk memilih mana-mana parti sama seperti mereka berhak untuk memilih MCA atau MIC.

Selepas ini, PAS, DAP dan PKR akan menjadi parti pelbagai agama dan budaya. Sepertimana ada Melayu dan Islam dalam DAP, maka begitu juga akan ada Cina, India dan bukan Islam dalam PAS. PKR memang semenjak awal membuka keahlian kepada semua kaum dan agama.

PAS, DAP dan PKR benar-benar memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang tidak ingin lagi hidup dalam ‘longkang perkauman hanyir’ bikinan dan kebanggaan BN untuk sekian lama.

Selepas ini hanya komponen BN sahaja yang akan kekal dengan perkauman hanyir itu. Umno dengan Melayu-nya, demikian MCA dan MIC dengan label perkauman yang tertera nyata pada nama parti masing-masing.

Mampukah komponen BN, terutamanya Umno untuk terus bertahan dengan ‘kehanyiran’ perkauman Melayu-nya itu?

Inilah musykilah besar terkini Umno. Selepas parti itu berhadapan dengan kemerosotan sokongan Melayu, orang bukan Melayu yang dikatakan pernah menjadi tongkat kanan dan kiri Umno tidak lagi bersedia terus menongkat Umno. Jika Umno kehilangan kedua-dua tongkat ini, BN pasti tumbang dalam PRU akan datang.

Tiada apa lagi yang boleh dibuat oleh Umno untuk membendung penghijrahan orang bukan Islam ke dalam PR, kecuali dengan menggambarkan komponen PR sebagai saling curiga-mencurigai antara satu sama lain.

Salah satunya ialah, gambarkan kepada umum PAS mencurigai DAP dan PKR untuk mengurustadbir penyokong bukan Islam. Inilah modal yang Umno ada setakat ini.

Bukan mustahil Umno akan berkata, PAS lebih Cina daripada DAP, PAS lebih liberal daripada PKR dengan serangan dua laras kepada PR. Satu laras dengan tujuan menanamkan keraguan orang PAS kepada PAS dalam isu dasar atau teras PAS. Satu laras lagi dengan tujuan melaga-lagakan parti-parti komponen PR, kononnya PAS merampas ahli atau penyokong mereka.

Adakah Umno akan berjaya dengan serangan ini?

Jawabnya, tidak. Orang PAS hari ini amat mengalu-alukan penubuhan DHPP. Dan, penubuhannya sebenarnya memang ditunggu-tunggu. Penubuhan DHPP menjadikan ufuk perjuangan PAS lebih luas dan melebar selaras dengan ufuk kesyumulan Islam yang menjadi dasar PAS itu.

Sebagaimana PAS tidak pernah bimbang dengan penyertaan orang-orang Islam ke dalam PKR dan DAP, demikian juga PKR dan DAP tidak akan bimbang dengan penyertaan orang-orang bukan Islam ke dalam PAS.

Menyediakan lebih banyak ruang dan peluang adalah lebih baik daripada menutupnya. Apa yang penting mereka bersama PR.

DHPP adalah merupakan cabaran baru kepada PAS. Kita memasuki daerah baru yang serba indah tetapi mencabar. Walau apa pun cabarannya, PAS mesti memasuki daerah baru ini dengan penuh keberanian. Keberanian ini menggambarkan kita semakin kuat.

Inilah kekuatan kita dan inilah kelemahan Umno. Apabila Umno meuar-uar bahawa parti itu adalah Melayu totok, hari ini Umno sedang menanggung padah dan akibatnya. Parti itu hari ini tenggelam dalam kebusukan perkauman bikinannya itu.

Umno hilang kebergantungan kepada orang Melayu kerana orang Melayu sudah tahu bahawa Umno hanya memperalatkan Melayu untuk tembolok pemimpinnya. Hilang kebergantungan kepada Cina dan India, kerana kedua-dua kaum itu juga sedar mereka diperalatkan oleh Umno untuk menakut-nakutkan dan berkelahi dengan Melayu.

Semuanya; Melayu, Cina dan India selama 50 tahun diperalat untuk memenuhkan tembolok pemimpin Umno dengan khazanah kekayaan negara yang mereka punggah dengan kuasa.

PAS Perluas Perlantikan ADUN Bukan Islam


KLANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan terus merealisasikan peruntukan untuk melantik orang bukan Islam menganggotai Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Kerajaan Persekutuan. 

Ini kerana ketika beliau memerintah Terengganu wujud pindaan perlembagaan yang membolehkan orang bukan Islam dilantik menganggotai DUN sekiranya tidak berjaya dalam pilihan raya.

Prinsip tersebut juga mula diperkenalkan PAS ketika memerintah Terengganu antara tahun 1999 dan 2004. 

Menurut Hadi, langkah tersebut juga praktikal di negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Perlis memandangkan majoriti penduduk beragama Islam malah perwakilan bukan Islam di DUN berkenaan agak terhad. 

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, menguasai lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. 

Mengulas mengenai negeri-negeri lain, beliau berkata ia masih bergantung antara satu negeri dengan negeri lain. 
“Itu bergantung pada kedudukan kerusi sesebuah negeri. Ia juga bergantung pada proses antara sebuah negeri dengan negeri lain,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Dewan Himpunan Penyokong PAS di sini petang tadi.

Ditanya tentang pemilihan calon bukan Islam dalam pilihan raya umum akan datang, Hadi menjelaskan bilangannya bergantung pada keperluan semasa nanti. 

Namun ketika ditanya mengenai kuota kepada bukan Islam, Hadi menjelaskan perkara berkenaan masih belum diputuskan. 

“Belum tahu lagi, (jumlah kerusi) untuk calon PAS pun belum tahu lagi, kita tidak tahu siapa yang akan bertanding. 

“Kita ada pembahagian kerusi antara Pakatan Rakyat. Dan, kita tidak mahu pertembungan antara parti Pakatan Rakyat, kami mahu bertanding dua penjuru sahaja,” katanya.

23 May 2010

PAS Penjana Perpaduan ( PAS Leads UNITY )

KLANG, 23 Mei: Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS. 

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya. 

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.

Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila mencadangkan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timabalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam.

Dewan Himpunan Penyokong PAS di rasmikan dalam acara gilang gemilang

Klang, 23 Mei - Dewan Himpunan Penyokong PAS telah di rasmikan oleh YB Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang, Presiden PAS, di dalam suasana yang gilang gemilang di sini sebentar tadi.

Gimik Perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS

Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Presiden




LIVE: Pelancaran DHPP

Sekitar Majlis Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS
Upacara pemeriksaan perbarisan Unit Amal Selangor


Tuan Guru Presiden bersama pimpinan lain ketika jamuan pagi



Perwakilan dari seluruh negara


Kehadiran YB Dato Dr Hassan Ali selaku tuan rumah


YB Dr Mujahid

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini