03 January 2011

Wak dah tak sabar

Tak sabar Wak Jalan Kebun  ni nak masuk pejabat ye, kok belum angkat sumpah dah masuk pejabat, tak jumpa MB dulu pulak tu, Alahai wak, wak ... apa nak jadi ni. Patut wak ikut adab lah sikit , wak kan dah tua umur 54 tahun tak kan tak tau beradap sikit, jumpalah Ketua Kerajaan Negeri dulu kalau ia pun dah tak sabar-sabar nak masuk pejabat.

Dalam pejabat tu dengarnya tak ada yang pedulikan wak, habis wak buat apa? Nyelongkar ye. Dulu masa kat JAIS tak belajar ke? Dosa tu wak .... alah balik Jln Kebun nanti ngaji lagilah ye wak.

AWAS!!!!! esok wak akan masuk pejabat sebelum subuh.


 Awal pagi ini, Wak Khusrin tiba untuk bertugas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 6.45 pagi ini, di sebalik kontroversi perlantikannya itu.

Beliau juga mengelakkan diri daripada sekumpulan wartawan yang menunggunya di pintu masuk bangunan itu sejak awal pagi.

"Tiada masalah,” katanya sebelum terus menyelinap ke dalam bangunan di Shah Alam itu.

Wak Khusrin yang memakai sut kelabu berbelang, kemeja putih dan tali leher masuk ke pejabatnya kira-kira pukul 7 pagi selepas kenderaannya dilihat melalui pintu masuk bangunan SAAS pukul 6.45 pagi. 

Beliau diiringi dua pengawal keselamatan kerajaan negeri ketika masuk ke pejabatnya.

Bagaimanapun, adalah dipercayai beliau masih belum melaporkan diri kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut sumber dari pejabat menteri besar, tiada arahan dikeluarkan bagi menahan Wak Khusrin daripada pergi ke pejabat setiausaha kerajaan negeri yang terletak pada tingkat 19 bangunan itu.

"Tidak akan berlaku konfrontasi... Sudah tentu, beliau boleh masuk tetapi sama ada beliau akan bekerja untuk kita (kerajaan negeri Selangor) adalah cerita lain,” kata sumber itu.

Anggota dan pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dilihat berjaga-jaga di lobi bangunan itu. 

Wak Khusrin dijadual mengangkat sumpah jawatannya pada 6 Januari ini tetapi kerajaan negeri membantah perlantikkan itu kerana mendakwa Menteri Besar tidak dirujuk.

1 comment:

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini