31 January 2010

Susah dapat pemimpin macam ni

Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrin Mohd Hashim yang dikatakan kecewa berhubung pemberian tender sebuah kelab golf di Pulau Pinang mengamuk lagi dan merasa dia saja yang betul.

Selepas membelasah Lim Guan Eng kurang 24 jam selepas itu beliau membidas pula DSAI.

Perbuatan dan tindakan tidak bijak beliau dan sebelum ini Zulkifli Nordin memberi peluang untuk Najib  secara Eksklusif ruang bersuara dan memperlekehkan dasar parti yang dibina dan benar-benar menyusahkan rakyat dan penyokong PR. 

Hentikan, sudah-sudah lah tu ... kurangkan bercakap dan buat kerja.

5 comments:

  1. Cepat buang mereka tu ALAT umno

    ReplyDelete
  2. Salam YB,
    Marah kerana sesuatu yg berkaitan dengan syara' berbeza dari marah kerana sesuatu yg berkaitan dengan kedudukan atau hartabenda.

    ReplyDelete
  3. Saya amat setuju dgn Dr Wahab

    ReplyDelete
  4. Tabik 'spring' pada DS Anwar. Itulah kata-kata pertama yang keluar dari kotak pemikiran saya.

    Ini kerana di saat dua spesis yang menjadi 'problem boy' yang 'mengacau' ketenteraman fikiran DS Anwar di saat beliau 'pening' menghadapi 'karenah' Mahkamah dalam pertuduhan liwat ke atasnya yang akan bermula perbicaraannya minggu depan, beliau masih boleh menggunakan kebijaksanaannya untuk mengheret Zahrain Mohamed Hashim, Zulkifli Noordin dan Zaid Ibrahim ke muka Jawatankuasa Disiplin Parti.

    Kalau mengikut kehendak dan keputusan 'Mahkamah Blogger', kedua-dua spesis Si-Tanggang Zahrain dan Al-Semak Kulim Bandar Baru memang tiada tempat dalam Pakatan Rakyat, tetapi biarlah seperti DS Anwar berkata, “Some of us have called for immediate actions, but here in PKR and Pakatan, we have to adhere to the party constitution and allow due process to take place,”

    Walaupun ini urusan dalaman PKR, tetapi sebagai sebuah Pakatan, kemelut ini perlu dipadam segera demi masa depan Pakatan Rakyat, walau bagaimanapun biarlah proses pengadilan berjalan mengikut proses dan tatacaranya.

    Sekali lagi, tabik 'spring' untuk DS Anwar kerana pantas bertindak, 'without fear or favour'.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini