13 June 2010

Berita buruk untuk PR ... Good news 4 BN

Pakatan Rakyat berpotensi tewas di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya trend kemerosotan undi Melayu dan India di Hulu Selangor berterusan, kata Pengarah pilihan raya PAS, Abdul Halim Abdul Rahman hari ini.Beliau menyuarakan kebimbangan itu ekoran kemerosotan 6 peratus undi Melayu dan 10 peratus undi India dalam pilihan raya kecil kawasan parlimen itu April lalu.

"Kalau trend ini berterusan, kerajaan Selangor dan PAS hanya akan tinggal 2 kerusi sahaja di negeri itu," katanya.

Menyampaikan ucapan penggulungan dalam muktamar ke-56 parti itu di Pengkalan Chepa hari ini, Abdul Halim berkata penentuan kemenangan dalam pilihan raya akan datang bergantung kepada sokongan 4 juta orang muda yang masih belum mendaftar mengundi.

Beliau juga mengingatkan kerajaan di negeri-negeri Pakatan dapat memainkan peranan bagi "membantu" menggerakkan parti di negeri masing-masing.

"Kekuatan di Kedah dan Selangor tidak sama seperti di Kelantan. (Ia) jauh kerana di Kelantan kerajaan banyak tolong gerakkan parti," katanya.

Mengulas fenomena di Kelantan - negeri kubu kuatnya - pula, Abdul Halim berkata, berdasarkan kemerosotan sokongan 6.3 peratus dalam pilihan raya DUN Manek Urai, PAS kini bergantung kepada 24 kerusi bagi mempertahankan penguasaan di negeri itu,

Beliau juga berkata, 18 lagi kawasan dalam negeri itu masih dikira "kawasan kelabu."

sumber : malaysiakini : sementara harakahdaily pula menulis begini

PAS dan Pakatan Rakyat diyakini mampu melangkah ke Putrajaya sekiranya gerakan daftar pemilih dapat diperkemaskan dengan kewujudan unit pendaftaran pengundi (UPP) secara lebih sistematik.

Peluang itu boleh menjadi realiti memandangkan sekarang terdapat lebih 4 juta pengundi muda yang belum mendaftar.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Pakatan akan melaksanakan daftar dua peringkat ikut kaedah UPP bagi membolehkan matlamat untuk sampai ke PUtrajaya pada pilihan raya akan datang jadi kenyataan.

"Dan kalau target itu tak dapat, maka susah hendak kata bagi mencapai impian semua pihak untuk sampai ke Putrajaya pada pilihan umum depan," katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden di Putik hari ini.
Beliau juga mahu sekurang-kurangnya satu cawangan ada satu peti undi yang dikendalikan satu jawatankuasa bagi mengurusnya.

Katanya, gerak kerja mendaftar pengundi baru mesti digerakkan mulai sekarang di setiap peti undi.

Menurutnya sasaran gerak kerja itu di semua negeri sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Perlu diingatkan PAS kawasan perlu laksanakan perkara ini kerana ada 70 peratus pengundi tidak mahu menyokong BN dan akan menyokong Pakatan rakyat.

"Kita tidak boleh harap pengundi tradisi. Oleh itu gerak kerja yang telah digunakan di Kelantan disaran dipraktikan di negeri-negeri lain," katanya.
Beliau juga berkata, sekiranya dana sebanyak RM29 juta berjaya dikumpulkan menjelang pilihan raya umum akan datang sudah cukup untuk menumbangkan kerajaan BN.

2 comments:

  1. kah kah kah
    analis apa si mangkok ini pakai,
    undi PR bertambah seratus undi di kubu kuat UMNO, dia kata Selangor akan kalah.
    Satu kerusi dewan negeri telah dimenangi oleh PR dalam PRK hulu selangor yang mana sebelum ini kerusi tersebut dimenangi BN melalui MCA, PR akan kalah?.
    PRK dikawasan penduduk yang miskin dan tahap pendidikan yang rendah, memang memihak kepada BN, namun dalam pilihanraya umum keadaan akan berubah. Tengok di Pengkalan Pasir dan Manek Urai, yang mana PAS kalah dan hampir kalah, namun dalam pilihanraya umum kedua kawasan tersebut merupakan kubu kuat PAS.
    Rakyat Selangor mahu tolak UMNO, parti mana tak pernah dipersoalkan oleh rakyat. Hari ini rata-rata pengundi dah tentukan apa yang hendak diundi dalam PRU13.

    ReplyDelete
  2. Sebagai gurka politik saya faham maksud yang tersirat disanubari Dato'

    Ini politik orang lama nih. Moga kita tak tertidur sama ketika mana kita berlagu mendodoikan mereka

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini