Tahap puas hati rakyat Malaysia terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meningkat 72 peratus berbanding 69 peartus pada April lalu, menurut bancian yang dijalankan oleh Merdeka Centre.
Tahap puas hati paling tinggi dicatatkan di kalangan masyarakat India (80 peratus), diikuti dengan Melayu (77 peratus) dan Cina (58 peratus).
Peningkatan tahap puas hati itu adalah yang tertinggi sejak Merdeka Centre menjalankan kaji selidik untuk meninjau kepopularan Najib sejak Mac tahun lalu.
Kajian kali ini dijalankan antara 6 Mei sehingga 16 Mei tahun ini - tempoh 10 hari selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor (25 April) dan sebelum pilihan raya kecil Sibu (16 Mei)
Kepopularan Najib mengesahkan bahawa beliau adalah aset terpenting bagi jentera pilihan raya Barisan Nasional.
Sebelum ini, tahap kepuasan rakyat terhadap Najib adalah pada 44 peartus ketika beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Ketika itu, ekonomi dunia mengalami krisis dan Malaysia tidak terkecuali daripada tempiasnya.
Menurut Merdeka Centre, sejumlah 1,028 rakyat Malaysia dibanci melalui telefon.
Apa yang menarik, hampir separuh atau 47 peratus daripada responden terdiri daripada golongan yang tidak bekerja.
Kajian juga mendapati majoriti, rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan memerangi rasuah dan jenayah.
- 61 peratus daripada responden tidak berpuas hati dengan usaha memerangi rasuah.
- 57 peratus daripada responden tiudak berpuas hati dengan usaha mencegah jenayah.
"Apabila dibekalkan dengan senarai isu-isu, 53 peratus responden memilih 'memerangi rasuah' sebagai isu utama yang patut diberi perhatian oleh kerajaan,” kata Merdeka Centre.
Dengan taukeh-taukeh judi berada dibelakangnya dari dulu, kini dan akan datang sukar hendak meramalkan apakah keputusan akan memihak terus kepada beliau atau sebaliknya ... wallahuaklam.
Komen : Najib sepatutnya boleh mengdakan PRU pada bila-bila masa mengikut kajian ini. Umno dan Barisan Nasional pasti menang besar.
Untuk menguji tahap ketepatan kajian ini dicadangkan Umno dan Barisan Nasional membubarkan DUN Perak yang diambil secara haram dalam rampasan kuasa lebih setahun yang lalu dan mengadakan Pilihanraya semula.
Dengan peningkatan sokongan dan kepuasan orang Melayu, Cina dan India terhadap PM Najib pada ketika ini, "Apakah yang menyebabkan beliau masih risau dan was-was untuk mengadakan Pilihanraya semua?" tanya seorang rakan.
No comments:
Post a Comment