11 June 2010

Umno tidak membela Agama juga Bangsa

Perwakilan Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah menolak Umno sebagai parti yang memperjuangkan bangsa dan agama di negara ini kerana sanggup bersekongkol dengan APCO Worldwide. Beliau berkata, dosa-dosa Umno perlu diterangkan kepada rakyat sehingga mereka merasa jijik untuk terus menyokong parti itu.

Katanya, apabila rakyat faham mengenai kedudukan sebenar, Umno akan menghadapi masalah pada pilihan raya umum ke-13 untuk mengekalkan kuasa.Ketika  membahas usul ucapan dasar Presiden di Putik petang ini beliau berharap PAS terus menggalas usaha untuk memasyarakatkan aktiviti bersama orang ramai.

"Tidak cukup untuk memberitahu rakyat perlu menolak Umno, tetapi hendaklah semua pihak dalam PAS terutama mereka yang menang dalam pilihan raya lalu hendaklah memasyarakatkan PAS, PAS Untuk semua," katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya konsep 'parti menerajui kerajaan' sebagaimana dipertegaskan ketika pemerintahan Pakatan di Perak sebelum ini. Pakatan Rakyat di Perak, menurut Khalil bermula dari Gagasan Rakyat yang diketuai bekas pesuruhjaya, Ahmad Awang.

Beliau juga berkata, rampasan kuasa yang berlaku di Perak merupakan peristiwa yang sukar dilupakan rakyat di negara ini."Namun pengajaran dari rampasan kuasa itu membawa anjakan kepada rakyat memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini