DAP hari ini menafikan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pemuda UMNO bahawa pendaftaran pengundi baru adalah dalam nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.
Sebaliknya, menurut Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di lobi parlimen, hari ini, DAP menganggapnya satu kenyataan bebaur perkauman.
"Ini adalah kenyataan palsu dan berbaur perkauman. Ia digunakan untuk menakutkan Melayu supaya merka percaya yang mereka akan kehilangan pegangan politik,” kata Loke.
Katanya, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kebanyakan pengundi baru adalah dari Umno dan 70 peratus daripada mereka adalah bumiputera manakala selebihnya bukan bumiputera.
“Jadi mustahil terdapat lebih ramai pengundi baru bukan Melayu,” katanya.

Semalam pengerusi biro keahlian dan daftar pemuda Umno, Hishamudin Yahya yang mendedahkan nisbah itu berkata senario berkenaan seharusnya menyedarkan orang Melayu yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya akan datang.
Ahli parlimen Rasah itu berkata beliau berpendapat pemuda Umno kini lebih terbuka dan ketuanya, Khairy Jamaluddin mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang progresif.
Ahli parlimen Rasah itu berkata beliau berpendapat pemuda Umno kini lebih terbuka dan ketuanya, Khairy Jamaluddin mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang progresif.
Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dan mendakwa ia tidak tepat serta berbaur perkauman.
"Kenyataan itu bertujuan menakutkan orang Melayu supaya terus menyokong Umno. Saya berharap kerajaan akan memantau laporan itu kerana ia boleh menimbulkan kebencian kaum,” katanya.
No comments:
Post a Comment