14 June 2010

Ini betul-betul "Melayu Bangkit" : Che Det diangkat jadi "Wira Judi Negara"

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.

"Saya berpendapat bahawa samada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi.

"Tetapi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa," katanya menyokong cadangan kerajaan itu.

Tambahnya, orang Cina yang ingin berjudi tidak boleh dihalang bagi melakukannya kerana ia "hanya haram bagi orang Islam"

"Orang Islam jangan berjudilah. Kalau dia pergi berjudi, tangkaplah. Sama juga (bila) orang Islam tidak makan babi.

"Kalau orang bukan Islam hendak makan juga, itu hak dialah," katanya.

Komen : Bagus juga UmNo "Melayu Bangkit" ambil Che Det sebagai Penasihat Kehormat kepada "Melayu Bangkit" Se Malaysia. Dalam meniti usia yang semakin senja pandangan Che Det berkenaan Judi memang sangat tajam serta berbalai dan benar-benar menguntungkan UmNo dan Barisan Nasional. UmNo nampaknya sangat gembira dengan prestasi semasa Che Det yang kini seolah-olah berada dipuncak dunia.

Lebih banyak pentas dan microphone mesti disediakan untuk Che Det berucap dan lebih kerap microphone disediakan kepada beliau untuk mengadakan Sidang Media berhubung penentangan Pakatan Rakyat terhadap Judi ini.

UmNo WAJIB dan MESTI mengguna dan mempertabadkan Che Det sebagai "Wira Judi Negara" dalam memperjuangkan penghalalan sebarang bentuk Judi di negara Malaysia tercinta ini. 

RTM dan TV3 harus berperanan untuk kesekian kalinya menyiar semula rakaman demi rakaman setiap hari dalam berita kemarahan Che Det terhadap DAP dan PAS serta PKR dalam isu ini. 

Cuma sebagai orang lama Che Det mungkin tersilap atau terlupa bahawa MCA dan Gerakan juga menentang Judi ini termasuk sebilangan ahli UmNo sendiri.


Bila dia tuduh semua orang Cina suka berjudi, ini sudah agak melampau dan keterlaluan, ini bukan fakta, ini auta kari dari mamak bendahara.

Semuga selepas ini TV3 akan memanggil para mufti, menteri agama, penasihat agama UmNo untuk mengadakan diskusi agama secara langsung berhubung cadangan Che Det di TV bagi membincangkan cadangan Che Det ini supaya rakyat tidak jadi semakin keliru.

Apa pun Tahniah UmNo dan Che Det dan Selamat Maju Jaya.

1 comment:

  1. apa punye pundek mantan PM Malaysia ni, woit mamak belukang, hang ni islam ke kafir, sepatutnya hang ni menentang lesen judi ni tak kira le orang cina ke nak main judi, orang melayu ke yang nak main judi, lu kalau tak tau tentang agama, lu jangan cakap macam orang yahudi

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini