09 June 2010

Datuk K vs YB K

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Khusrin Munawi tidak bersuara dalam isu lesen judi bola sukan kerana ia merupakan dasar BN, kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Mengulas jawapan yang diberikan JAIS sebelum ini, Khalid (bawah) juga berkata, Khusrin sebagai seorang pegawai kanan kerajaan sepatutnya tahu bahawa dasar di peringkat nasional akan memberi kesan kepada semua negeri.

"Dalam soal judi bola, respon JAIS adalah ianya isu nasional maka tiada kena-mengena dengan mereka. Ini merupakan hujah kosong. Semua rakyat Malaysia tahu bahawa polisi nasional akan mempunyai kesan terhadap semua negeri.

"Tidak mungkin seorang pengarah yang telah lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam tidak faham atas implikasi kelulusan ini?

"Namun, oleh kerana ianya polisi yang datangnya dari BN, maka Datuk Khusrin seperti kebiasaannya membisu seribu bahasa," kata Khalid dalam satu coretan di blognya hari ini.

Khalid juga mempertikaikan mengapa JAIS terlibat menganjurkan demonstrasi di kalangan masyarakat Islam bagi membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Seorang pegawai (tadbir dan diplomatik) PTD yang benar-benar 'neutral' atau tidak berpihak, akan menjelaskan bahawa di negeri Selangor terdapat Enakmen Bukan Islam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam berhubung agama mereka demi mengelakkan kekeliruan.

'Bukan tangkap saja, tuan pengarah'

"Kenyataan tersebut akan dikeluarkan oleh seorang pegawai yang profesional, secara rasmi tanpa berperanan mengapi-apikan emosi rakyat yang beragama Islam 'yang mudah dikelirukan'.

"Sebaliknya, JAIS turut terlibat dalam program mengapi-apikan kemarahan umat Islam dengan keterlibatan secara tidak rasmi dalam demonstrasi dan pemasangan kain rentang 'Kalimah Allah hanya untuk orang Islam' di masjid-masjid," katanya lagi.

Katanya, tindakan itu boleh menyebabkan JAIS bukan sahaja dilihat bertindak dengan motif politik dan tidak profesional, malah "mendedahkan pendirian politik Pengarah JAIS itu sendiri."

"Lagipun, judi ini kononnya dibenarkan untuk orang bukan Islam. Sekarang orang bukan Islam sendiri membantah ianya diluluskan (tidak termasuk Vincent Tan lah), tidak mungkin Datuk Khusrin hendak berdiam diri sahaja?

"Orang bukan Islam pun sudah membantah, mana mungkin sekadar menjawab, 'Kalau orang Islam yang terlibat, JAIS akan tangkap!'

"Gandingan yang cantik. Kerajaan BN mengeluarkan lesen judi, JAIS yang ala-BN tangkap penjudi Islam!'

"Mendidik umat Islam bukan dengan tangkap sahaja wahai tuan pengarah. Yang lebih penting, menerangkan, menjelaskan, mengajar, menyeru dan memberi contoh yang baik," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini