Tentera Israel hari ini merampas sebuah lagi flotila bantuan kemanusiaan ke Palestin Rachel Corrie yang turut memuatkan aktivis daripada Malaysia.
Dua kapal perang angkatan laut Israel terlibat dalam rampasan itu. Tiada sebarang pergelutan atau kecederan setakat ini, lapor The Star yang memetik Irish Radio and the pergerakan Free Gaza.
Astro Awani pula melaporkan kapal itu dirampas 35 nautika daripada Gaza setelah dikepung tentera Israel pada jam 9.43 pagi tadi. Enam aktivis daripada Malaysia, termasuk 2 wartawan penyiaran turut serta dalam pelayaran itu..
Sementara itu, wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusuf dipetik memberitahu stesen televisyen itu, pihaknya difahamkan ala nagivasi Rachel Corrie tidak lagi berfungsi. Katanya, ia menyebabkan Racchel Corrie tidak dapat mengesan kehadiran kapal lain di sekitarnya..
Semalam, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menegaskan Rachel Corrie tidak akan berpeluang mencecah pesisir pantai Gaza.

No comments:
Post a Comment