09 June 2010

Penyangak Rakyat

Umpama Penyangak, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memohon peruntukan lebih RM3 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi memastikan RTM dapat meyampaikan maklumat kepada rakyat dengan lebih berkesan dengan perkhidmatan jalur lebar negara.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Wira Kamaruddin Siaraf berkata peruntukkan itu juga akan membolehkan Malaysia bertanding di peringkat global dalam pembekalan jalur lebar.

"Dalam RMK-10 ini, kami telah mengemukakan pelbagai bentuk projek dan program bagi memastikan rating RTM meningkat dalam usaha memastikan keberkesanan agensi media rasmi kerajaan dalam memainkan peranannya.

"Kami harap kerajaan dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan hadiah kuiz mega National Geographic di Kuala Lumpur semalam.

Kamaruddin berkata kementerian memberikan tekanan kepada tiga sektor dalam permohonan untuk peruntukan RMK10 iaitu komunikasi, penerangan dan kebudayaan. Bagaimanapun keutamaan tetap diberi kepada sektor komunikasi kerana ia akan diguna untuk memacu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) terutama dalam memastikan pencapaian sektor industri keratif.
mmmmm...kita tahu TV ni lidah resmi Barisan Nasional. Mereka menggunakan duit kita @"tax payer' money untuk menghentam kita balik. So sapa2 yang bayar income tax tu, pi lah bayar zakat kat PZS. Nanti LHDN akan refund balik.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini