26 June 2010

Tahniah UmNo

Tahniah kepada UmNo dan ulamak muda yang diketuai oleh Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman bersama 39 lagi rakan ulama muda menyertai UmNo tadi

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan bila 40 orang yang mengaku mereka ulamak muda ini menyertai UmNo. UmNo begitu menagih kemasukkan para ulamak kedalam parti mereka untuk membuktikan kepada masyarakat Melayu Islam dan juga bukan Islam bahawa mereka adalah parti yang diterima oleh para ulamak.

Semua sedia maklum bahawa sejak dulu, kini dan selamanya para ulamak sedia ada tidak menjadi kan UmNo sebagai tunggangan bagi meneruskan kerja-kerja dakwah. Sebaliknya mereka terus bersama PAS kerana mereka memahami bahawa inilah satu-satunya parti yang digerakkan berlandaskan syiasah syaariah. Cuma adalah dua tiga kerat yang bersama UmNo bagi menjadi pang5 untuk mempertahankan UmNo .

Hari ini demo 'Tak Nak Judi Sukan' akan berlansung di ibu negara. Kehendak Rakyat ialah agar judi ini ditiadakan. Ini bukan sahaja melibatkan umat Islam, malah bukan islam juga menolaknya. Tapi kedegilan UmNo tetap didahulukan. 

Untuk mengabui mata kepada rakyat bahawa tindakan jijik UmNo ini betul mereka membariskan 40 orang ulamak muda yang menyatakan kemasukkan mereka adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu pada saat ini.

Agak anih juga kerana UmNo yang selama ini memisahkan agama dengan politik (politik suku, agama suku) telah memurtadkan aqidah mereka dengan menerima orang agama untuk duduk sebaris bersama mereka. Jika UmNo meneruskan polisi ini, ulamak-ulamak muda ini kena membetulkan kefahaman UmNo dan jika gagal kerja dakwah antum akan dikira gagal.

Kerja paling aula dan no wahid yang anda semua kena lakukan bagi membuktikan keberkesanan anda untuk melakukan kerja-kerja dakwah ialah dengan memberi tahu Perdana Menteri DS Najib dan Isterinya DS Rosmah bahawa berdosa besar kerana tidak menutup aurat.

Pengiktirafan gelaran ulamak muda yang anda terima pada hari ini adalah dari kerajaan 1Malaysia.  Pengiktirafan dari rakyat bukanlah sesuatu yang boleh dibeli yang wang ringgit. Samada rakyat ikut sama mengiktirak ke Ulamakan anda belum dapat dipastiakan lagi.... kita sama-sama tunggu.

lagi berkaitan 
  1. 'Mengapa kami sertai Umno'  (Malaysiakini)
  2. ‘PEWARIS NABI’ MASUK UMNO DAN ’ISLAM WASATI’ DALAM... (Al-Bakistani)

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini