Sokongan kepada langkah kerajaan DS Najib mengeluarakan lesen judi sukan semakin kedengaran -- hari ini daripada Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) yang berpendapat kerajaan mampu meraih hasil sehingga berjuta ringgit daripada lesen tersebut.

Sokongan itu timbul berikutan seruan sama yang disuarakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang turut mengkritik golongan yang menimbulkan bantahan sebagai "bermotif politik".
"Pendapat kami, dengan membenarkan dan mengawal industri pertaruhan sukan, kerajaan akan menerima lebih banyak hasil sehingga berjuta ringgit, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa, yang boleh disalurkan untuk membantu program kemasyarakatan dan aktiviti seluruh negara," katanya.

"Apa yang kerajaan sedang lakukan ialah meneliti satu situasi ekonomi yang sekiranya tidak dieksploitasi atau dikawal, boleh menjadi medan pengubahan wang haram, pembiayaan kegiatan maksiat, pengedaran dadah dan lebih banyak jenayah berat yang lain.
"Mengenai bantahan daripada pihak tertentu pula, kami berpendapat bahawa bantahan itu setakat ini hanyalah bermotifkan politik dan untuk keuntungan politik sahaja.
"Amat penting bagi kita untuk melihat isu ini daripada perspektif ekonomi, daripada melihat daripada kaca mata politik," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment