KLANG- Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak membenarkan semua pertaruhan membabitkan judi sukan di semua premis di kawasan ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri sebelum ini.
Setiausaha MPK, Ikhsan Mukri berkata, majlis akan menguatkuasakan arahan berkenaan dan semua jabatan yang terlibat diarahkan bertindak jika ada mana-mana pihak yang enggan mematuhi arahan itu.
Menurutnya, mana-mana premis yang didapati melanggar arahan itu akan dikenakan tindakan tegas termasuk lesen dibekukan premis ditutup.
“Kesemua ahli majlis sebulat suara bersetuju dengan arahan itu dan jabatan yang berkaitan telah diarahkan memantau perkara berkenaan.
“Majlis tidak akan berkompromi dan meminta semua pihak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Bulanan di Bangunan MPK di sini.
Hadir sama, Yang Dipertua MPK, Mislan Tugiu, ahli majlis, ketua jabatan dan wakil jabatan serta agensi yang berkenaan.
Sementara itu Ikhsan berkata, majlis juga akan mengeluarkan surat kepada pemilik restoran berhubung beberapa perkara menjelang Piala Dunia nanti.
Menurutnya, pemilik restoran diminta untuk menjaga kebersihan dan pada masa sama mematuhi garis panduan berhubung arahan berkaitan meletak kerusi meja di kaki jalan sepanjang musim kejohanan bola sepak itu berlangsung.
“Majlis tidak mahu sebarang insiden membabitkan kerusi meja kerana mana-mana pihak yang ingin meletak kerusi meja di kaki jalan perlu memohon terlebih dahulu.
“Selain itu, soal kebersihan juga perlu diberi perhatian kerana pemilik restoran pasti akan memanjangkan waktu operasi perniagaan dan masalah sampah akan berlaku jika tidak di kawal,” katanya.

No comments:
Post a Comment