27 June 2010

Buruk Kelaku UmNo Kota Raja

Dengan membuat pelbagai tuduhan tanpa bukti yang kukuh oleh Ketua UmNo Bahagian Kota Raja terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya YB Shuhaimi dan YB Dr Mariah hanya menyerlahkan kedangkalan dan kebodohan Ketua Bahagian UmNo ini.

Perwakilan yang hadir dalam mesyuarat itu jika bersetuju dengan kata-kata Kamarulzaman menunjukkan juga bahawa mereka mudah diperbodohkan oleh pimpinan mereka. Tujuan Kamarulzaman berkata demikian adalah bagi mengelak kelemahan diri dan kepimpinannya yang langsung tidak melakukan sebarang aktiviti sejak kalah dalam 8 Mac 2008 yang lalu.

UmNo Kota Raja sebenarnya telah terlalu lemah dan tidak bermaya untuk meneruskan perjuangan menentang PR di Kota Raja.

Buktinya bermula pagi ini walau pun dalam keadaan sibuk kerana terpaksa hadir dalam retrade PKR di Shah Alam YB Shuhaimi masih sempat hadir dalam program pendemokrasian rakyat bertempat di Jalan Kebun pada kira-kira jam 9.00 pagi tadi bersama hampir 30 orang sukarelawan Pakatan Rakyat Sri Muda, Parlimen Kota Raja. Sementara pada waktu yang sama YB Dr Siti Mariah hadir di Program bomba di Kota Kemuning.

Pada jam 10.00 pagi pula Dr Siti Mariah berkejar untuk menziarahi rumah kerumah di Kampung Jalan Kebun bersama muslimat PAS dan wanita PKR dalam program yang sama.

Pada jam 11.30 pagi Dr Mariah berkejar ke Taman Setia bagi menziarahi keluarga Puan Norzitah Fadhilah yang baru kematian suami di Mekah semasa mengerjakan Umrah.

Seluruh ahli UmNo Kota Raja tahu betapa kerapnya kedua-dua YB ini turun padang bagi mendengar masalah rakyat dan cuba membantu masaalah mereka. Minta Ketua UmNo bahagian yang sombong bodoh ini check dengan ahlinya sendiri selepas menang PRU 12 berapa belas kali YB telah turun padang ditempat-tempat yang sama.


Tapi Ketua Bahagian ini hanya turun sekali saja ke Taman Setia, bagi bertemu ahli UmNo seramai tak lebih 20 orang dalam pondok bilik gerakan UmNo sepanjang lebih 2 tahun selepas PRU 12 dulu. Nak jumpa rakyat langsung tak berani. Kita tak sombong tapi UmNo sendiri sebenarnya melihat bahawa setiap hari khususnya setiap Sabtu dan Ahad akan kelihatan puluhan sukarelawan lapangan akan turun kesetiap pelusuk Kota Raja bersma YB dalam program pendemokrasian rakyat Parlimen Kota Raja.

Penyelesaian tanah di Sri Nadi, apa yang selesainya. Anda boleh turun padang bertemu dengan penduduk Kampung ini jika mahu tahu perkara sebenar. UmNo silap dan tidak pernah berubah, mereka sentiasa yakin bahawa mereka punya keupayaan luar biasa untuk menipu rakyat.


Hari ini tembelang perangai buruk Ketua Bahagian UmNo telah terbukti. Ketua Bahagian ini hanya pandai memburukkan orang lain dengan harapan rakyat akan percaya dengan sikap penipunya. UmNo dulu, kini dan selamanya tidak pernah dan akan berubah sekali pun mereka kini semakin dipinggir rakyat.


Malaysiakini : Pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor "lebih banyak bercakap daripada membuat kerja" demi publisiti, dakwa Umno Kota Raja.

"Mereka kata mereka lebih hebat daripada segala-galanya. Tapi kita tahu, mereka tidak buat, hanya cakap tak serupa bikin," kata Kamaruzzaman Johari sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya dalam mesyuarat bahagian itu pagi ini.

Ucapan itu dinyatakan di hadapan 292 perwakilan dari 79 cawangan di Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang.

Dalam persidangan itu, Kamaruzzaman mendakwa ADUN Sri Muda Suhaimi Shafiei daripada PKR setelah dua tahun menjadi wakil rakyat, selain "kata-kata sedap dan janji manis" tiada projek pembangunan dijalankan di kawasan tersebut.

Kamaruzzaman mendakwa walaupun terdapat peruntukan untuk membina masjid di kawasan itu, sampai sekarang ia tidak menjadi kenyataan.

Katanya, ia berbeza dengan Umno bahagian itu yang mengambil inisiatif bertemu Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar sehingga berjaya menyelesaikan masalah sewa rumah setinggan di Kampung Seri Nadi dengan pengurangan sebanyak 50 peratus.

'Dulu dia rajin jenguk tokong, kuil'

Parlimen Kota Raja mempunyai dua DUN iaitu Sri Muda dan Sri Andalas. Kesemua DUN dan parlimennya dikuasai oleh Pakatan.

Kamaruzzaman turut menempelak ahli parlimen kawasan itu Dr Siti Mariah Mahmud yang didakwanya "tidak menjenguk" rakyat di kawasannya.

"Kalau dahulu dia rajin menjenguk (rakyat) di tokong, kuil... Tapi bila rakyat mengadu tentang projek pembangunan, dia kata, yang ada peruntukan (hanya kerajaan) BN di peringkat persekutuan.

"Tapi sekarang Siti Mariah tak nampak batang hidung untuk menjenguk kampung-kampung, malu rasanya," katanya.

Rakyat amat mengenali Dr Mariah dan menyenanginya di Kota Raja. Gambar ini kebetulan dirakam pagi ini kira-kira jam 10.30 pagi di Jalan Kebun dalam sessi lawatan beliau dalam program pendemokrasian rakyat bertemu rakyat jelata. Kamarulzaman dan UmNO Kota Raja sebenarnya dah Panas. Anda tunjukkan kepada kami mana pimpinan UmNgok yang sanggup turun padang macam ni melainkan terhegeh-hegeh dalam musim pilihanraya.

Dalam ucapan dasarnya juga, Kamaruzzaman mendakwa kerajaan di bawah Pakatan "tidak menunjukkan kesan kejayaan dalam pentadbiran" seperti yang dilakukan oleh BN dahulu.

"Kerajaan negeri gagal membuat perubahan pentadbiran dan perancangan pembangunan.

"Sebaliknya mengungkit keputusan dan mencari kesalahan BN untuk menutup kelemahan kerajaan negeri dalam menunaikan manifesto dalam pilihan raya dahulu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini