06 June 2010

Layanan untuk Islam di PP lebih baik

Pemimpin Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya pembangunan ekonomi berjalan seiringan dengan keadilan sosial.

Bercakap selepas merasmikan pembukaan sebuah surau di Komtar, Pulau Pinang, Anwar memuji kerajaan negeri kerana menjaga keperluan penduduk Islam di Pulau Pinang walaupun terpaksa berdepan dengan tuduhan yang ia meminggirkan mereka.

Anwar berkata, bantuan kerajaan Pulau Pinang untuk pendidikan dan kebajikan sosial orang Islam jauh lebih tinggi daripada apa yang disediakan selama pemerintahan BN sebelum ini.

Beliau juga bersetuju kegunaan masjid dan surau diperluaskan dan bukan setakat tujuan ibadah semata-mata.

Tegasnya, masjid dan surau bukan hanya untuk bersembahyang sahaja, tetapi juga untuk memacu kemajuan kesejahteraan umat Islam.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pemimpin PKR termasuk timbalan ketua menteri, Mansor Othman dan exco negeri, Abdul Malek Abul Kassim. Surau tersebut terletak di tingkat empat bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran negeri.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini