11 June 2010

Mengapa Umno takut dengan angka 13?

Muktamar PAS kali ke-56 hari ini mencipta sejarah baru apabila buat pertama kali Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang terdiri daripada bukan Islam menjadi pemerhati rasmi dalam muktamar kali ini.
 
Penyertaan mereka kali ini sekaligus mempunyai peluang untuk melontarkan pandangan dalam muktamar kali ini dapat membantu PAS meningkatkan perpaduan rakyat Malaysia dari pelbagai rumpun dan kaum sekaligus dapat memecahkan tembok perkauman yang dibina kerajaan BN selama ini. Dewan ini telah dirasmikan pada 23 Mei lalu.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dalam ucapan aluannya pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-56 pagi tadi menyatakan muktamar PAS kali ini diadakan di saat negara sedang dilanda pelbagai kegawatan, kegawatan akhlak, kegawatan kewangan negara dan kegawatan sosial.

"Kita juga melihat bagaimana kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat didera oleh Kerajaan Pusat dengan pelbagai penderaan seperti Kerajaan Kelantan yang telah menemui minyak dinafikan haknya ke atas minyak tersebut oleh kerajaan Pusat," katanya lagi.

Beliau turut menyeru semua perwakilan supaya bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan pada tahun 2011 atau 2012.

"2013 tidak mungkin kerana UMNO takut dengan angka 13," katanya dalam nada berseloroh.

Menurut beliau segala perangkaan berkaitan PRU-13 telah pun diatur oleh Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini