21 June 2010

MP bebas sokong BN yang semakin bodoh & bengap

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Bebas dari Wangsa Waju Wee Choo Keong mempersoalkan pendirian wakil rakyat Pas menentang perlesenan pertaruhan sukan oleh kerajaan Persekutuan sedangkan kerajaan Kelantan pimpinan parti itu terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam.

Menurut beliau Pas sepatutnya tidak membantah perlesenan pertaruhan sukan sebagaimana ia telah mengeluarkan 40 lesen arak di Kelantan dan menggunakan hasil cukainya untuk pembangunan infrastruktur di negeri itu.

"Selagi kita melengahkan usaha membawa pertaruhan sukan ke arus perdana dan melesenkannya, kita hanya melengahkan perolehan dana yang boleh digunakan untuk pembangunan sosial dan sukan bola sepak termasuk sukan lain," katanya semasamembahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

"Sedang kita semua sibuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini, negara mungkin sedang kehilangan nilai hasil yang berjuta, mungkin berbilion, ini semua hanya kerana politiking melampau dan hipokrit yang dijana oleh seorang manusia rakus demi memenuhi nafsu politik matlamat menghalalkan cara," kata Wee.

Hujah beliau kononnya Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan fatwa bahawa hasil daripada aktiviti seperti jual beli dan peminuman arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan, disangkal oleh Dr Lo'Lo'Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) yang berkata Wee telah mengelirukan Dewan.

"Perkara yang dinyatakan itu bukan fatwa, dia (Wee) bercakap perkara yang dia sendiri tidak faham. Dia (Nik Abdul Aziz) tiada di sini dan tak boleh hendak mempertahankan diri," kata Lo'Lo yang disokong oleh Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata, peraturan itu membolehkan seseorang Anggota Parlimen dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tetapi dalam situasi ini, peruntukan itu tidak terpakai kerana Wee tidak faham dan tidak berniat.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini