14 June 2010

Mengapa Melayu UmNO tak bangkit-bangkit

Dengan 40 NGO bergabung untuk menjayakan program ini bolehlah dikira ramai jugak  peserta yang datang dari jauh dan dekat  menyertai perhimpunan Melayu Bangkit di stadium tertutup Kuala Terengganu pagi ini. Jangan kisah kerusi yang kosong melebihi yang diduduki.

Pengajaran buat penganjur ialah jangan buat di Stadium yang besar kalau nak lihat penuh, gunakan saja Dewan Orang Ramai sebab kerusi sedia ada di Stadium itu sudah terlalu banyak dan ditambah lagi dan lagi menjadikanya terlalu banyak untuk menampung kehadiran orang Melayu pada pagi tadi.

Untuk panduan kerusi yang diduduki ialah jumlah "Melayu Bangkit" manakala yang kosong itu merupakan kerusi untuk orang-orang Melayu Umno yang "Tak Bangkit-Bangkit".
DiSelangor banyak blog pro -UmNo yang memaparkan gambar diside bar blog mereka supaya Selangor Bangkit untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat.Saya tidak tahu berapa berkesan kempen oleh Umno ini di Selangor tetapi mereka juga mendapat sokongan dari  "kenyataan berita ini"

Jika sekiranya Melayu UmNo masih Tidak Bangkit dengan pelbagai usaha dan pelaburan yang dikeluarkan maknanya mereka sudah selesa selepas lebih 50 tahun berada dibawah UBN dan kini menjadi semakin selesa bila berada dibawah kerajaan Pakatan Rakyat yang menawarkan beberapa esentif dan pembahuruan dalam sistem pemerintahan kerajaan negeri yang telus, prihatin dan berkebajikan.

Untuk itu kerja-kerja "Membangkitkan Orang Melayu" yang pada fikiran UmNO sedang tidur hendaklah dihentikan dengan serta merta.

1 comment:

  1. Orang melayu tak bangket2 pasal lupa makan kuih bangket kerna melayu mudah lupa

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini